Wednesday 30 May 2012

221

Ia berkembang setiap masa
Dari satu, kedua, menjadi tiga
berbundle dan bergumpal
membentuk organ
yang mana setiap satunya
punya fungsi

aku masukkan toksin
diselang ganja dan heroin
yang mana ia membawa aku terbang
tinggi dalam halusinasi

kini aku di katil putih
berpalang besi dingin
diteman tiang, wayar serta plastik
menusuk menjalar menjamah nadi
menitiskan air air jernih mencuci

kenapa semakin kelat rasa oksigen?
menyesak dan menghimpit
melemaskan aku

lalu muncul sang raksasa
bersarung kot putih diteman inang inang nya
memberi pesan pada aku
"tak lama lagi memory kau akan mati"

aku pandang siling
sang kipas berputar ligat mengejar
dan aku menghembus perlahan 

selamat tinggal alam 
pengembara ini mahu pergi

Monday 21 May 2012

220

dan sang langit memuntahkan mutiara
aku di jendela memandang kejauhan
sambil melayan lagu the one dat got away


tolong jangan kau halang aku berlari wahai hujan
aku mahu berlari
menyesakkan nafas yang semakin berat tiap hari
menyeksa paruparu untuk bernafas dalam sempit
biar aku hanyut dalam larian aku
jadi tolong, tolong bantu aku
beri aku peluang menguatkan kaki yang kian lumpuh

jiwa aku meronta
dan aku tak mampu menolong diri aku sendiri
Tuhan, tolong jadikan dia milik aku
tolong jadikan aku milik dia
kerna aku takut kehilangan
dan aku takut melepaskan

buat pertama kali kau memakbulkan
jadi tolong aku
tolong jadikan ia kenyataan

Saturday 19 May 2012

219

mental disorder
split personality 
mental illness
argh!
jiwa aku kacau, serabut dan celaru

otak aku beku
mati dan kaku

hati aku melonjak
bergerak mengikt nadi denyut sendiri

dan aku cuma mengikut
bagai si tolol yang tidak tahu

erti salah aku benarkan
dan erti benar aku kuburkan

aku pemusnah
dan kau masih tersenyum disitu
kerna kau tak tahu
tak tahu siapa aku


Thursday 10 May 2012

218

maaf
sekarang bz
kerja bersepah dan aku sedang buang masa depan lapy

Friday 4 May 2012

217

i am muscular!
i am taff!
i am superheroo 
harrharrr :D

Thursday 3 May 2012

216


Free.doom 

Apa kau faham erti kebebasan? Yang kau sibuk laung-laung dan megahkan. Bebas. Adakah ia Cuma perkataan atau kau benar-benar bebas? Benar kau bebas? Benar??

Ya memang kita anak merdeka, bebas dari penjajah sejak puluhan tahun. Tapi kau sedar tak yang kita ini sebenarnya masih sesak terjajah minda. Pemikiran tohor dan sempit. Masih berlegar di ruang cakerawala ilusi sedangkan yang lainnya gagah berdiri berpaksi realiti.

Kau rebel dan menaikkan piket pelbagai tulisan yang kau megah nyatakan ‘we want freedom’  ‘give us freedom’. Ah! Kau sengkek otak! Kau cuma anak moden yang mengikut bentak orang tua. Corak yang sudah ada tanpa kau tahu ertinya.

Lalu kau menari dalam irama kebebasan yang kau cipta. Yang entahkan apa. Kau kata hidup kau umpama burung yang terkurung di sangkar. Sempit dalam penjara udara. Tapi bagi aku, kau lebih teruk dari itu. Kau umpama ikan yang berenang dalam kotak akuarium.  Hidup kau Cuma dalam banggunan kaca empat segi, dengan air lumut dan bergantung pada tangki  oksigen untuk hidup.