Wednesday 4 June 2014

277

Seperti biasa, pintu itu dikuak tanpa belas bila mana amarah menyetan menguasi otak pemikiran dia. Ditendang dipijak tanpa dia tahu tuan punya rumah rasa sakit macam mana. Kos nak tampal semula retak lubang itu bukan macam kau tampal dengan daun. Entah mana nak cari simen sama buat tampal lubang pon tak tahu. Kalau ada, ambil masa baru boleh dapat dan tampal elok.

Tuan rumah tahu, tak akan jadi kalau tak ada trigger yang menyucuk. Itu salah dia. Padan muka. Tapi bila mana dia dah rasa ada retak-retak dekat pintu yang kena tendang. Dia mula rasa nak angkat kaki dan pergi lari sorokkan diri dalam hutan belakang rumah. Mahu korek tunnel dan buat tempat persembunyian yang mana satu orang pon taktahu.

Sekarang tuan rumah rasa tak tahu arah mana dia nak pergi. Dia rasa lompong. Retak pada dinding rumah dia rasa dah malas nak tampal. Kos tinggi. Dia dah tak ada bajet. Dan dia biarkan retak yang ada baik sendiri. Heh. Kalau boleh baik sendiri.  

Monday 19 May 2014

276

MEMOIR 

kita takan dapat buang
cuma mampu bagi ia pudar
dan biar  reput rapuh

dan bekas itu
tetap melekat 
kukuh
selagi mana
nyawa kau masih tersarung
pada kantung tubuh

admit it.

Friday 16 May 2014

275

selamat hari guru

The first teacher in my life, is my mom. Heh, keje die memang cikgu pon. So dia ngaja aku memang penuh dengan kasih sayang yang di sulam rotan. Sebab tu aku bole speed up membaca masa kecik. Tenkiu mummeh! hahaha. Zaman aku kecik kecik dulu, sifir tu, orang buat poster beso alam. Haaa, tiap hari kena mengadap dinding baca satu sifir 10x sampai hapal. Lepas hapal, ada ujian lisan. Ta hapal, makan rotan *yeayy!

Masa tadika, aku penah sekolah kat satu tadika ni sehari je. Lepas tu aku tak pergi dah. Aku lupa sebab apa. Sebab aku nangis melampau n esok tu aku boikot tanak g sekolah. Kot. Punca utama, aku tade kawan. Heh. Then parents aku sumbat aku g tadika sekali ngan kazen yang tua setahun. Tadika tu comel! Dia aja solat n kitorang kena solat sesama. Masa tu, aku terfikir, acane agaknye view bila semua orang tengah sujud. Then aku plan na tengok view tu. Lepas duduk antara dua sujud, bebudak ni semua sujud balik. Aku rilek je tegak kat situ usha orang sambil gegaru kaki. Cikgu aku tanya "Kenapa tak sujud?" dengan muka somel n tak bersalah "Gatal kaki, cikgu" *alasan aku di terima. Yessss!

Primary school. Macam haram. Im lack of confidence masa kecik. Sumpah. Time sekolah kebangsaan, mak aku campak aku skola jauh, atas alasan tanak aku ngengada cari dia kalo sekolah sama. N i was like.. oke mom. Padahal masa tu cuak gila hoii! First day school, gua lari keja bapak gua derr masa dia na balik. Nanges macam hape je. Sumpah bodo gila bila ingat balik. Kalau cikgu kelas ta keja n tangkap aku masa tu, ada aku lari sampai gate sekolah. Sekolah agama aku depan rumah je. So, kazen aku yang hanta. Elok je die keluar kelas lepas campak aku kat dalam, aku angkat beg, lari n nyorok dalam pokok puding jiran sebelah rumah. Pokok puding die beso hoii. Best nyorok. Tapi sebab nyamok banyak n bosan, aku pegi bersiarsiar keliling taman perumahan. Dah bosan sangat (tak sampai 1 jam) aku balik rumah serah diri. muahahaha.

In technique. Ermm aku tatau apa aku buat kat skola tu sebenarnya. Sebab time cikgu tak ada, aku bergembira sana sini. Time cikgu masok, kompom aku akan tido. Especially Addmath. Cikgu Abdul razak. Baik sangat cikgu tu, tapi aku tak mampu na tahan mata time die mengaja. Kompom tido hoiiii! n keje sekolah die aku tak penah siap kan =..= Kalau kejut kan pon, die ketuk meja slowslow "bangun bangun" memang aku bangon tido balik la cita dia. Cikgu English, Mr Scotland. Dia akan denda suruh duduk luar kalau tak bawak buku literature the pearl dia. Aku dengan rela hati bagi buku kat orang lain n pegi duduk luar. Sebab aku malas na belajar. hewhew *if only he knew wat im duin. Mati!

Betapa setannya aku sepanjang zaman aku belajar ni. To all my teacher, for sure u will forget me. Dah berapa abad pulak aku habis sekolah. Umur pon dah patut produce anak sorang dua dah pon. Hahaha kbai. Apa aku nak carutkan tadi? Haaa, Just wanna say thanks for teaching me, layan kerenah, tangkap aku dari melarikan diri, pasrah je dibuli aku, and thank you for luving me. Walau ada kadang kadang aku isu berbangkit yang buat aku bengang ngan cikgu tersebut, heh, halal je la.

To mom, sila simpan hadiah hadiah dari murid anda. Balik umah nanti i wanna open it and use it as mine. muahaha 




274

dinding dinding lubang
dia intai intai
kot kot ada ruang
untuk dia
tampal dengan
tisu tisu sel
injap degup dia

Wednesday 7 May 2014

273

hey

Satu hari itu, kau dan aku samasama masih mengadu. Samasama masih bergurau senda. Entah apa jadi, kau hilang. Senyap. Tak munculmuncul. Aku ingat kan kau dah mati. Mungkin. Mati dari hidup aku

Satu hari itu, Masa berlalu tapi memori aku tercuit untuk ingat kau. Aku caricari. Tapi kau buat tak peduli. Entah. Aku ada salahkah? Entah. Atau kau memang betulbetul dah mati?

Satu hari itu, nama kau muncul terpampang pada skrin fone lusuh aku. Mamaimamai aku angkat dan yup. Suara kau. U sound like nothing had happen between us. *Defish. Oh. kau masih bernyawa rupanya.

Entah

satusatu mereka hilang. Aku tanak mengejar lagi. Aku angkat tangan dan lambailambai. Selamat pergi. Kalau mahu kembali, Silakan. Tapi jangan bawa apaapa untuk aku.