Wednesday 4 June 2014

277

Seperti biasa, pintu itu dikuak tanpa belas bila mana amarah menyetan menguasi otak pemikiran dia. Ditendang dipijak tanpa dia tahu tuan punya rumah rasa sakit macam mana. Kos nak tampal semula retak lubang itu bukan macam kau tampal dengan daun. Entah mana nak cari simen sama buat tampal lubang pon tak tahu. Kalau ada, ambil masa baru boleh dapat dan tampal elok.

Tuan rumah tahu, tak akan jadi kalau tak ada trigger yang menyucuk. Itu salah dia. Padan muka. Tapi bila mana dia dah rasa ada retak-retak dekat pintu yang kena tendang. Dia mula rasa nak angkat kaki dan pergi lari sorokkan diri dalam hutan belakang rumah. Mahu korek tunnel dan buat tempat persembunyian yang mana satu orang pon taktahu.

Sekarang tuan rumah rasa tak tahu arah mana dia nak pergi. Dia rasa lompong. Retak pada dinding rumah dia rasa dah malas nak tampal. Kos tinggi. Dia dah tak ada bajet. Dan dia biarkan retak yang ada baik sendiri. Heh. Kalau boleh baik sendiri.