Tuesday 24 September 2013

272

kaki aku baru nak menapak
kau suruh aku berhenti

kaki aku baru nak melangkah
kau kata jangan pergi

kaki aku bergerak mahu berlari
kau cepatcepat gari

ini kaki aku
sukahati aku


Wednesday 14 August 2013

271

"hello kucingku" dan aku usap perlahanlahan dia. Tergedikgedik melentok manja pada aku. Rindu gamaknya. Berminggu aku tinggalkan tanpa di jenguk. "Ya sayang, aku rindu kau juga" *tersenyum nipis aku pada dia. Seperti biasa, dia sediakan aku lembaran putih kosang beserta punatpunat keyboard depan mata. "Mari, aku mahu mengadu" dan kucingku menggesel manja pada jemarijemari runcing minta dibelai.

**********************
objek ini
namanya hati
hati ini ada perasaan
perasaan ini
terbahagi kepada puluhan rasa
rasa ini
rasa mati
rasa hambar
rasa mati
oh. aku sudah kata mati tadi
tak apa
ia tetap rasa mati
biar aku ulang banyak kali
biar kau jelas
ia makin mati

aku hidup
dengan hati mati
eh?? macamana itu?
guna otak pon takan dapat terjemah
macamana rasa hati mati

satu dua tiga
aku main kirakira
satu dua tiga
mata aku sudah bergenang
satu dua tiga
kita perlu bawak haluan masingmasing agaknya
satu dua tiga
satu dua tiga
apa kita buat sebenarnya?

**********************

"kucingku" ia mendongak pada aku. Berkelip satusatu. "apa aku carutkan sebenarnya ni?" ia senyum dan tidur di pangku. "Biarlah mereka tak faham. Yang penting, kau tahu apa aku carutkan ni." dan kucingku setia dengan jutaan hamparan kosong bersama punatpunat keyboard untuk aku.

Tuesday 9 July 2013

270

Ia datang lagi
Selamat berpuasa
Selamat menunaikan ibadah lagi
Moga kali ini
Lebih baik dari yang lepaslepas
Amin

Friday 14 June 2013

269

“Dude”
“Move on”
“Terus melangkah”

Tapi kaki aku masih kaku
Masih terpacak
Masih
Disini

“Kalau kau tak angkat
Mana ia na gerak”
Tolol

Kau cakap senang
Yang kaki tertancak ni
Kaki aku atau kau?

“Kau nak sampai bila
Terus macam tu?”
“Dia dah ada laki baru”
“Apa kau buta?”
“Dia sudah ketawa gembira”
“Kau buta jugak kah yang itu?”
“Come on”
“Bukak mata”

Aku tak buta
Aku celik
Jelas menari di kornea ni
Just shut up
Aku tahu bergerak
Cuma

Beri aku masa                                                 

Wednesday 12 June 2013

268

"tok tok tok"
Aku buka mata. Berjalan mamai macam orang mabuk todi. Pintu itu aku kuak pelanpelan.
"ye? ada apa"
Tuan tubuh pandang aku. Senyum.
"nak masuk ya?"
Dia hanya angguk. Masih senyum

"nantilah"
dan daun pintu aku tutup perlahan. Aku biarkan dia di luar.

"tok tok tok"
Aku berjalan dalam mamai lagi. Buka pintu.
"Ada apa? Nak masuk juga?"
Dia hanya angguk. Senyum.
"Tak perlu aku rasa."
Aku tutup kembali pintu dan berjalan menuju ke dalam.

"tok tok tok"
Papan pintu aku pandang lama. Diam. Dan aku angkat punggung berat aku, berjalan bertemu pintu tu lagi.
"Kau tak muak? Harihari datang sini jumpa aku?"
Dia geleng. Senyum masih tak lekang dari bibir dia.
"Masuklah. Dan hiburkan aku macam biasa"
Dia tersenyum lebar sambil melangkah memasuki pintu. Masuk ke dalam otak dan mulakan peranan dia. Bawa aku jalanjalan dalam dunia mimpi.


Sunday 26 May 2013

267

"Bay, aku penat. Aku nak rehat. Pinjamkan bahu kau boleh?"."Kau nak rehat kat aku? Sila" kata Bay  dengan senyum. Ai merapat diri. Memandang Bay yang ada di tepi. "Aku pinjam bahu kau ya" dan Bay membalas lagi dengan senyum.

Lampu pendaflour berkelip antara hidup dan mati. "Bay, aku nak tanya. Kau tetap ada dengan aku kan? Kau tak bosan?" "Buat apa bosan. Aku ada dengan kau dari wujud kau masuk ke dunia nyata. Sejak itu kita sudah terikat. Tak. Aku tak bosan. Tanpa kau, aku tidak akan ada." Bay berkata dalam senyum bagi menyejukkan hati Ai.

"Tapi Bay, aku penat. Aku penat hidup macam ini. Aku penat jadi kuat. Aku penat matikan hati. Aku penat hidup dengan kau hanya berdua. Aku penat. Aku penat sampai aku dah taktau apa yang aku penatkan."

"Ai, jangan kau risau. Aku ada. Sampai ke mati aku ada. Sampai nyawa kau ditarik malaikat nanti, sampai mata kau terkutup rapat, aku tetap ada dengan kau. Kau penat, kau rehat pada aku. Kau penat, aku hiburkan kau. Jangan kau risau :). Selagi ada cahaya, Kau akan nampak aku Ai. Jangan kau susahkan hati dan otak kau tu."

"Bay, aku nak rehat. Mari kita tidur."

Pendaflour semput Ai matikan suisnya sambil mata memandang keliling. Memandang lantai dan dinding. Gelap. "Selamat malam Bay, esok kita jumpa bila matahari wujudkan kau semula" dan disekat cairan jernih yang berjaya menembus keluar dari liang anak mata.

"selamat malam bayangbayangku"
"selamat malam sunyi"
"selamat malam sepi"
"selamat malam airmata"
"selamat malam semua"

Tuesday 21 May 2013

265

satu
memang dia ada dengan aku

dua
dia minta aku ada sentiasa

tiga
datang pergi suka hati

satu dua tiga
semua minta
aku jaga
jaga hati mereka
jaga jiwa mereka
jaga
mereka pinta
aku jaga

satu dua tiga
dengar sini
aku bukan patung
aku punya hati

satu dua tiga
aku tak mintak sebarang harta
aku cuma minta
cebisan waktu
untuk kau luangkan
pada aku

satu dua tiga
aku cukup kuat berdiri sendiri
aku cukup gagah untuk berlari
cuma sila
sila ada dengan aku
waktu kudrat ini
ditarik dan d carik

aku tak mintak banyak
hidup ini perlu ada sistem barter

mana boleh kau bolot semua
dan biar aku sorang yang tanggung

Sunday 19 May 2013

264

hari ini
aku rindu
akan semua
mimik muka
yang kau beri

hari ini
aku nampak kau
berlegar di manamana
berlari dan menari
sambil tangan mendepa
memanggil aku ke peluk
kau yang hangat

hari ini
aku mencari
mencari suara
yang memanggil
aku dengan manja

hari ini
aku mahu rehat
bergolekgolek
di pangku kau yang empuk

hari ini
aku lelah
aku terbayang
usapan lembut
yang kau beri

hari ini
bukan setakat hari ini
hari ini
adalah setiap harihari
yang aku tidak nampak kau
yang aku tidak dengar akan kau
yang aku tidak dapat merasa haba tubuh kau
ini bukan setakat hari ini
ini harihari

*mahu balik rumah. miss u mom

Monday 13 May 2013

263

aku berada dalam kondisi tidak tenang sekarang. Jadi aku perlu menulis sambil monolog dengan naga, dengan kembar yang ada di dalam.

aku selakselak lapisan per lapisan. Rasa rendah diri dah tak menerajang, dah main tomoi ngan aku. *syaiton punya rasa. Puihhh

Tiap kali aku nampak perkataan C tu, aku berdebar na pergi. Then nampak pulak gadis santek lain. Jeym. Merudum rasa rendah diri. Puihhh lagi

Bolak balik pulak otak dengan perasaan. Nak pergi o tidak. Nak? Tak? Kalo tanya yang lain, semua bagi semangat soh aku cuba banyak kali. Jujur. Ekceli aku ta berkeyakinan sangat dengan apa aku ada. Sebab aku sentiasa tanam dalam otak, dan aku makan pendirian aku tu sentiasa. Ada yang lebih better dari aku.

Kecewa? Banyak benda jadi penyebab. Aku dah lali. Dah boleh hidup ngan perasaan tu. Siap menari tango lagi. *ewahhhh~

Aku rasa na mencarut. Tapi.. Tapi... Orait, aku masih mampu behave n tame my little dragon *ala kucikuci hakhak

Kau ta paham aku carutkan? P mati. Haha aku nak tenangkan mereka yang ada di dalam. Kau apa tahu?

Let me b



Sunday 5 May 2013

262

not in a good mood today. Naga aku na terlepas. So aku cepat jinakjinak kan. Aku capai buku lukisan yang lama terbengkalai kat dalam beg tu n aku siapkan gamba ikan ni ha. 

Aku suka buat art style cenggini. Agak leceh tapi aku puassss dengan hasil die. muahaha :D
Aku combine kan 3 cara. 1st, warna dengan caryon.
Then, for d next step. Guna watercolor utk background. Ekceli aku paling ta suka kaler background. Sebab aku ta berapa pandai match warna tok latar belakang. Lain dalam otak, lain lak yang terhasil. Pffft.

Let it dry before proceed for d next step. Last skali guna pencil 2b untuk buat line n lukiskan corak. 

Done. Ta susah pon kan. Ini kalau aku na siapkan art yang simple n cepat. Aku memang suke lukis abstrak n lukis binatang yang pelik. Sebab aku ta cukup hebat melukis sebenarnya T_T

Okay, ni ada beberapa pic yang aku buat sebelum pic ikan ni. Using d same style paint. Na buat banyak lagi sebenanye but masa tade. haha
 mermaid bunny

tiga pic owl ni first batch yang aku buat. Afta dat baru lah aku apply style ni kat lukisan lain


261

well. errr hahahaha *my cute face *puihhh
gyomy 
aku pun na mainmain jugak
video?
aku dah buat *rakam banyak kali =,=
but then reaksi kawankawan yg na muntah hijo n laki aku jerit histeria
aku buang je vid tu sume. haha
err ia bukan vid seram
but they know who i am. and my attitude
yang ganas kasaq poyo baq hang
tibe buat gyomi, muke na bajet comel ayu habis
patung shangat tauuuu~ hakhakahak
yup
kalau korang kenal aku n tibe tgk vid ak yg kekonon cumel tu
korang pon na bagi kaki kat aku
=..=
zzzzzzzz
i dont give a jeym

kbai 

*tenks hun for d pic :*

Thursday 25 April 2013

Wednesday 24 April 2013

259


ini rahsia
rahsia celaka
maaf kan aku

kau tak berhak tahu
kerna ia cuma mengundang sakit
yang akan bernanah
dalam pembuluh darah kau

Wednesday 17 April 2013

258

apa guna
kasih sayang
kita yang erat dulu
jika
dalam sekelip mata
dalam selafaz kata
kau siat
dan koyakkan
tanpa kau fikir
betapa dalamnya
nilai darah dan daging kita?

257


Heyho peeps

Godekgodek lappy, beta jumpa pic  poyo beta. Muahaha. Nah, sila menjamu mata

jemput makan tulang ayam. ahaha
 weh gemok, sila senyum =,=
 oke, pandai dah senyum. Goodboyyyy~ hahaha



 sopan kan? *puihh





 *berok jyeahhh~











 saya pemalu *puihh puihhhh

Dah. Itu je. kbai

Friday 12 April 2013

256

hantu stokin

beta syak ada hantu stokin kat kolej lama beta. Ahaha y? Dulu masa awal sem, aku dok kat kolej no 3 before aku stay kolej aku sekarang. Well, aku memang dah biasa kene sakat. Suke nau mike ni gurau manje ngan beta. Maklumlah, beta kan peymes *puihh. Its habit kalo taim tido, aku pakai stokin. Tapi kalo kat rumah, habuk ta pakai *panas. So, d first night aku cam ingatingat ayam je aku pakai ke tak. Sebab aku tejaga tengah malam n dalam mamaimamai aku pakai stokin. Pagi tu, aku tengok stokin aku da ade kat tepi. Tempat aku salu longgok kalo malas pakai. Kompius lah aku dat taim. So aku ignore lah. Malam second, aku sure aku pakai stokin. Sure sangat okeh. Sekali pagi tu aku tengok stokin tersebut elok ada kat tempat asal. Apakah?? Biadap setan ni. Cabot stokin aku taim tido =..=

Semalam aku tumpang tido bilik membe aku kat kolej lama. Sebab aras aku elok lak tade letrik. Hangin aku. Malam tersebut aku tido kol tiga. Biasa la aku tido taim gitu. Normal. Macam biasa, aku pakai stokin. Pagi tadi aku tebangun sebab alarm subuh aku n aku pelik asal sejuk bebenau. Aku tgk stokin aku dah tade. Aku reraba la kat area kaki kan. Niat hati na pakai balik. Okeh, tade. Aku pelik dah. Sekali toleh, stokin tersebut elok tersusun kat sebelah kepala membe aku. Sah ini keja hantu stokin.

Weh hantu stokin, ape ke suke nau ko cabot stokin aku taim tido haa? Kalo na stokin, p la amek dalam almari aku. Ade lagi dua tiga pasang. Tayah na dengki.

sekian cerita beta

kbai

Tuesday 2 April 2013

255

Oh. Itu hari ada kenduri kawen sedara. Opkos kena pakai kurung. Sibs yang lain tana ikot. Aku lak ikot sebab pas tu na balik kolej terus. So, terpaksa la =..= fyi aku bukan pemakai tegar kurung. Rimas kot. Just pakai if ade funtion kekawen n presentation je. huuu N on dat day, aku terasa seperti gadis sangat wehhh. *puihhh. Kurung n tudung. A good combination to make me look like gadis sopan *blerghhh

Dalam kereta amat bosan. So aku dengan suka hati  snap pic syok sendiri. hakhakhak :D My mom gelenggeleng kepala. wuwuwu~




Gua na rembat ini spec. Tadi da kena warning awalawal ngan adek aku jangan rembat *chessss!

Sunday 31 March 2013

254

hari itu
di mulakan dengan palat
bila titik permulaan
untuk kisah kau
pada waktu itu
bermula dengan palat
maka palatlah keseluruhan nya

ya
palat
terima kasih
kepada semua
pelaku pelaku palat sekalian

Friday 8 March 2013

253

Caramel

heyho peeps. Kali ni aku ta mencarut merepek meraban. Ehehe wanna show my baby. His name is Caramel. A hedgehog. Well, sebab ritu ngada na try masok contest, aku snap some pic. Tema nye adalah bunga. Aku dengan bangga petik bunga kat Bukit Expo ekeke :D


  His playing hide n seek ^^ 







 hissing. Dats y muka gitu =,=


 Ini pic yang beta hanta tok contest. Another hide n seek. ekeke ^^


Saturday 2 March 2013

252

dear myself

stop
u really need to stop

tolong berhenti
hentikan sakit yang kau genggam
hentikan otak kau
dari berfikir akan dia

cukup
cukuplah sakit tu
kau lebih bermakna

dia sudah ada cinta
dan kau bukan sapasapa

stop being stupid
stop being a bitch
just stop

bangkit
dan berdiri

Friday 1 March 2013

251

i need my drug
i need my drug
i really need you
drug

i need my smoke
i need my smoke
i need you
smoke

i need to clear my thought
i need to clear
you
yes
you

Monday 25 February 2013

250

antara cinta sayang dan nafsu
mana yang kau jadikan paksi?

tangan merayap
otak mati
halusinasi kepuasan
itu yang kau cari

does it really wat we call love?
pffft
bodoh


Tuesday 19 February 2013

249

buku
aku ngat na buat satu
boleh ta?

ini soalan
kalau baik
bagila pendapat
:)

Saturday 12 January 2013

248

kalaulah kau tahu
aku masih harap
pandangan itu milik aku
mata kau
mata aku
dan senyum kita
tapi semua itu
cuma sejarah kan?

kalaulah kau tahu
aku rindu
tiap noktah baitbait memori
kita
tapi sekarang
ia siasia
bila kau dah gantikan
dengan manusia lain
bukan aku

kalaulah kau tahu
masih ada perasaan
yang aku tak mampu
buang
jauhjauh
jauh dari diri aku
tapi apa kau peduli
hati kau
diri kau
jiwa dan cinta kau
milik gadis lainkan sekarang

kalaulah kau tahu
aku masih berharap kau pulang
pulang pada aku
yang berdiri di sisi kau
itu aku
bukan dia
bukan
aku harap ia masih aku
aku
tapi mana mungkin

selamat tinggal
aku ucapkan ia berulang
tapi masih aku tak mampu
tak mampu untuk
selamat tinggalkan kau
shit!
ure once part of me babe
jauh mana aku lari
aku tak dapat tipu
kau tak dapat tipu
yang kita pernah bersama
huh

Monday 7 January 2013

247


im bulletproof
bagi banyak mana kau mahu

apa?
dats d only thing dat u've got
hahaha
looser


246


Kan lagi senang kalau kau jujur
It hurts but its better
Dari kau hidup dengan bullshit
Kau sarung sana sini
Jalan dengan megah
Macam sial
Tahu tak?

Aku bukan budak hingus
Aku bukan baru belajar
Setiap hari hubungan dengan manusia
Ajar aku satu perkara sama
Tentang manusia sendiri
Manusia tak akan pernah puas
 Dengan apa yg mereka ada

Kau nak pergi
Aku letgo
Tak susah
Aku tak akan simpan lamalama
Jadi sampah dalam hidup aku buat apa kan?

Tapi aku tak faham
Kau nak biar ia tergantung untuk apa
Kau nak act kat bodohbodoh lain
Dan bangga kau ramai perempuan
Hah. Ure such a fak dude
Use ur head
Not ur dick

Tuesday 1 January 2013

245

Ah. Ia datang lagi
*mimpi
dengan pelbagai benda
yang aku tidak faham

mimpi
bukan satu benda kukuh
jadi
ia mampu menghasilkan
cerita yang tak logik

roh aku bermain
bersama entah siapa
duduk d pangku

merepek