Wednesday 29 February 2012

167

Cinta barat 

Ding ding ding
Bunyi detik jam menunjuk duabelas tengah malam
Selamat sudah masuk tarikh 14 feb
Masa mengguna belon mengisi air
Perlu d rai bersama yang tersayang katanya

Mana mana pun boleh
Asal terjalin ikatan haram ini
Eh, belon ini masih banyak lagi
Mari guna sampai puas
Hari ini kan harinya
Hari d mana setiap kekasih paksi lurus dan songsang
Bergomol lemas bersama
Melepas nafsu buas mengalah anjing jalanan

Untung semua rumah tumpangan
Kaya aku kaya, bisik mereka
D jalanan, bertabur belon basi sudah guna

Manusia jijik! Najis mengalah haiwan haram
Merai hari cinta
Hak tuiih! 

Monday 27 February 2012

166

Menjengah lagi
Lepas satu pergi, datang yang lainnya
Ya, aku memang ‘suka’

Dan mereka berbicara seolah
Aku ini boneka keras
Yang tuli telinga

Entah apa dikatakan
Tanpa henti
Memangdang aku?
Akan kah?

Sunday 26 February 2012

165

The bad side of mine


Setiap manusia atas dunia ada menyimpan sifat hitam dalam diri mereka. Haa? Kau tak ada? Please syg, jangan tipu aku, jangan tipu diri sendiri :) aku memang pasti kau juga ada.

Mari sini. Mari aku perihalkan tentang aku. Mereka d sekelilingku menggelar aku si gadis gila. Apa yang aku gilakan? Aku gilakan perkara yang manusia lainnya tidak mahu buat.

Entah mengapa setiap kali ak melihat naga, (sudah semestinya hanya gambar. Mana ada binatang tu wujud kat dunia ni =..=) aku nak bela. Nak tunggang n terbang atas awan sambil biar rambut aku dipukul angin. Pergh, feel beb. Ahaha imaginasi yang tiada batas. Sayang ia hanya imaginasi. Hanya imaginasi…
Kenapa naga? Sebab mereka haiwan mitos. Lagenda yang gah. Mereka unik dan hebat. Dengan sisik bersinar dan mata yang garang. Aku suka dan jatuh cinta. Kepak mereka yang melebar d samping tubuh yang sasa.. wohoo, sangat suka!

Aku  suka buat experiment ke atas diri aku sendiri. Aku suka mencuba dan sangat suka mencabar diri sendiri. Sejak dari kecil, aku seakan berperwatakan lelaki. Baju gadis gadis aku tolak tepi. Aku geli nak pakai. Yang aku suka sarung, seluar jeans ayah aku yang longgar serta t-shirt lengan pendek yang d tutup dengan sweater. Dan aku bertudung. Nampak macam tak kena kan? Tapi aku jenis manusia yang tidak pedulikan mulut mulut busuk mereka d sekeliling. Bagi aku, yang memakai adalah aku. So, suka hati aku.

Ikutkan hati, aku cemburukan mereka yang free hair. Kadang nak jugak jadi macam mereka. Macam cun je. Ahaha =,= but aku bersyukur aku memakai tudung. Walau terdetik nak bukak, tapi aku tak pernah buat. Aku sayangkan kepala aku, jadi, biar ia bertutup. Biar aku tak melangkaui batas yang boleh menghumban aku ke jalan yang tak sepatutnya.

Aku cepat bosan ngan diri sendiri, jadi aku jadikan rambut ak mangsa keadaan. Even aku baru lepas potong n memilih gaya yang extreme tapi ak masih tak puas. Masih. Ohoo, botak bukan pilihan aku. Macam perogol kang muka aku =,= na buat Mohawk cam da ta best. Na potong pendek tapi nanti taley ikat n rimas. Haish, banyak halangan.

If aku free hair, sumpah aku ta kaver pemakaian aku. Yeah~ setan hasut aku. Salahkan dia! But, like I said, if only. N one more thing.. if only we can have tattoo, I’ll get one for my self. And again, if only. And if only smoking for gurl were same as boys, I’ll be a smoker. Aku se cam cool but it seems like a bitch d mata jantan jantan pembunuh. Deymman! Diskriminasi. Ehe, again.. if only.

Ada simpang minat dan keinginan aku. Aku tahu, aku sedar. Jangan judge aku lebih lebih as perkara ini hanya tompok hitam dalam diri. Yang aku boleh bunuh dan buang atas dasar agama aku. Aku orang islam dan agama aku melarang untuk kebaikan umatnya. Itu yang aku pegang. Ada kebaikan dan sebab mengapa kita d larang dalam melakukan sesuatu. Aku pegang itu. Jadinya, aku masih gadis yang tak melangkaui batas aku. 

164

blue wall


Berkata ianya pada dinding
Berborak seolah  itu karibnya
Obsesi yang bersarang diluah pada hamparan kosong depan mata
D dinding kosong bercat biru tua

Orang mengata aku
Mereka fikir aku gila
Otakku rosak kerna bercakap dengan kau
Tapi mereka tidak tahu
Mereka tidak tahu isi hati aku
Luka aku
Pedih aku
Mereka hanya tahu mengata
Mereka hanya tahu berpura

Dan terus dia bermonolog lagi
Sendiri d dinding biru tua
Dalam dunianya

Friday 24 February 2012

163

Sampah

Orang lihat kau kosong
Tiada guna
Hanya sampah botol kosong surat khabar dan tin
Yang di campak ke dalam tong
Dan di kurung dalam gelap dan bau busuk
Tapi mereka alpa
Bahawa sampah itu kalau d olah
Akan menjadi lebih indah dari yang biasa
Lebih mahal harganya dari barangan jenama
Ya, yang itu mereka lupa
Kerna mata mereka ditutupi
Ditutup dengan perkataan sampah
Dan minda cetek mereka mencetak beriburibu memori sama
Yang menganggap sampah hanyalah untuk buangan

Thursday 23 February 2012

162

Aku atau kau
Yang tidak faham antara kita
Kau mengata aku
Dan aku menuduh kau
Kau atau aku
Aku atau kau
Kau?
Aku?
Mana satu

Akukah yang salah
Atau kau yang salah?
Aku tidak faham kau
Atau kau tidak faham aku?
Mana? Mana?

Tuesday 21 February 2012

161

yah, great
really great
kau buat hati aku sakit
*sangat
baru detik tadi kau cakap kau sangat bz
oke, aku faham
n its fine.. kecewe sedikit
but still, fine babe. I can accept

but then, u told me dat u gonna have
some fun with ur fren.
deymmann! watahell?
aku na ikot. Bukan ak na jual muka aku kat mereka
no!
aku cuma mahu ikot. Mahu lihat. Mahu lihat kau buat kerja
mereka buat kerja
Sebab aku suka tengok keletah manusia.
Tapi kau tidak faham
Yang kau ingat, memory silam kau
itu yang kau ingat
itu!

kau tahu ta mereka sindir aku?
kau ta tahu bukan
kau tahu apa aku rasa?
tidak bukan
kau tahu apa aku telan?
katakata mereka yang tusuk tajam macam belati
kau ingat sedap?
kau ingat tak sakit?
just.. fak mann.
sumpah.. just fak n tenks

Monday 20 February 2012

160

Miss beast

Ada satu raksasa
Duduk  diam dalam aku
Rupa sama
Punya rambut, muka badan serta kuku
Dia tidur
Tidur nyenyak nyenyak sambil dengkur
Shhhh sila senyap
Jangan kejut dia
Jangan kacau dia
Jangan bagi dia jaga
Nanti dia amuk
Habis semua dia langgar

Aku bukan takut
Tidak aku gentar
Cuma aku tidak mahu
Tidak mahu raksasa aku d ganggu

Tolong jangan  bagi dia jaga
Amuk dia menguasa dunia
Punah dalaman bila dia bergolak
Kau tahu bukan
Pernah kau lihat sendiri dengan kaca mata
Bila raksasa aku bangkit dari lena
Gempita d buatnya
Jadi sila,
Sila jangan kejut dia

Raksasa itu ada dalam aku
Duduk diam sambil lena
Menyerang bila diganggu
Raksasa itu ada dalam aku
Diam dia diam
Kerna raksasa itu personality kembarku