Saturday 31 March 2012

197

Single or attached? 
muahaha mampus aku kalau si gendut tu tau =,=
Btw, really love dat sweater as its yellow ;) ngeee
tenks syg ^^

196

penat macam na mati!

Hari ni aku kena masuk hutan as ada amali for forest non-wood product subjek, which we have to kutip bamboo yang pelbagai spesis untuk data. The best part is, all grup ada 5 members but we only have 4 and all of us are gurls -yang laki, da mampus. Di sebabkan itu, kitorang d beri buluh minyak kuning yang rare, sebab kitorang je kaler kunin (padahal sebab die ade 1 rumpun je). haaaa nampak ta daulat kuning aku kat situ. Harrrharrr :D

Even they do provide chainsaw, kitorang pakai parang je, n guys, penat okeh pakai binatang tu. Die na 10 batang *pffft  macam na mampus kitorang ni menebang. And on dat taim, aku rasa aku sangat manly. Muahaha. Sebab aku dok tebang buluh, potong dahan dahan lagi, buat keje mengukur lagi, kerat batang kasi kecik anddddddddd angkat buluh tu dari bawah bukit, sampai atas bukit, campak dalam lori. Semua tu kami perempuan yang buat okeh! Tade laki, doesnt mean kami ta hidup. Dan saat ini lah ke shemale-an aku terbukti. *hoyeahhhh =,= -deym!

Lepas ni aku balik sarawak, g kawen ngan orang ulu. Ta pun, aku jadi original people, buat rumah kat hutan tu pakai buluh buluh ni haa *pffftt

195

secara jujurnya, aku da lama berhenti menulis. Otak aku kosong. Lagian, aku banyak kerja lately plus, ive got exam, Lab prac, and macam macam lagi. Serabut okeh! But since last 3 days, aku habiskan masa aku dekat paint n lukis rebellion punya design. harrharrr :D oke, nah aku hamparkan hasil aku



Thursday 29 March 2012

194

ada pembunuh
yang membunuh dalam diam
di mana senjata dia
hanya kata kata

dia asah tajam tajam
dengan kamus
kamus dewan bahasa dan pustaka
yang tebal
yang boleh buat baling kambing dan mati

dia hanya membunuh
bila perlu
bila rasa sudah tiba masa
bila dia terancam

waktu itu
dia akan memburu
dengan tombak kata kata
dengan pedang bahasa

baik kau lari

Wednesday 28 March 2012

193

Memang ya aku pesimis
Yang mindanya berpaksi negative
Dimana tanggapan terhadap manusia lainnya busuk

Salah aku menjadi begitu?
Salahkah?
Bagaimana aku mahu menukar arah kutub magnetic ini
Supaya lebih menarik cas ion posititif dari menghambur cation negative

Aku tahu yang manusia ini
Rambutnya sama hitam tapi hatinya lain lain
Tapi perlukah bersikap seolah kau sahaja yang menapak d bumi
Lalu megah ego kau berdiri dan memijak yang lainnya

Tuesday 27 March 2012

192

Aku cipta satu taman
Dimana hanya ada aku dan angan angan
Dan mereka bebas terbang
Dengan sayap halusinasi mereka
Yang bercorak flora serta bewarna pelangi

Dunia aku bukan reality
Itu aku tahu
Tapi ini taman aku
Jadi minda aku bebas berfikir semahunya
Membayangkan apa yang tidak sepatutnya

Ini taman aku
Taman aku
Jadi, ianya milik aku
Bukan milik kau, bukan milik mereka
Yang buta dengan purapura

Eh, kalau kau tak suka
Sila berambuskan diri
Tidak aku hiraukan pun kedatangan kau
Tapi
Jangan kau usik taman aku
Jangan kau sentuh
Jangan kau rosakkan
Jangan kau cabar hasil yang taman aku jana
jangan

Sunday 25 March 2012

191

Adakah kau ada dengan aku?
Adakah kau faham akan aku?
Atau kau Cuma berpegang pada istilah
Aku faham kau
Sedangkan yang sebenarnya
Kau tidak sedikitpun mengendahkan

Bagi aku
Kau Cuma bayang bayang
Yang sentiasa bersama
Tapi kehadiran kau Cuma terserlah
Tika mentari terik d kepala
Haa, saat itu baru aku Nampak kau
Dan aku sedar kewujudan kau

Saturday 24 March 2012

190

Setelah sekian lama aku tidak duduk dalam koloni manusia itu, ini buat pertama kali aku kembali - Atas dasar terpaksa. Tapi aku memikirkan dari segi positif, Dia mahu bawak aku pulang. Pulang kepada Tuan yang empunya seluruh tubuh dan roh mutlak.

Dan saat tiap bait kalimah itu ditutur oleh mulut mulut manusia itu, pelbagai rasa menurjah aku bertubi –menembak dari pelbagai arah. Dimana ia  membuat aku seakan sedar dari lena yang buat aku buta. Butakan dunia kekal.

Rasa itu seakan menggali kembali lubuk memori aku yang semain berhabuk. Mana aku yang dulu? Mana aku yang sering mengadu pada Dia? Yang sering meminta segalanya dari Dia? Yang selalu mengadu akan kekejaman dunia dan kepuraan manusia? Mana? Aku dah hilang. Jauh aku hilang dari siapa aku.

Ha, itu mungkin punca kepada kecamuk jiwa aku. Punca kenapa jiwa aku kosong. Kerna aku lupa kepada tuan aku. Aku hamba durhaka. Aku sedar itu. Aku hamba durhaka yang sering menyalutkan diri dengan dosa.
Dan atas dasar itu aku d denda dengan pelbagai perkara yang mendera dalaman aku. Dimana penderaan itu lebih berat jika d bandingkan dengan penderaan fizikal. Dan kepada kau Tuan empunya diri ini, terimakasih kerana menyedarkan aku. Terimakasih kerana masih sayangkan aku – hambamu.

Kerna kasihnya Kau pada aku, Kau datangkan pelbagai tusukan dengan belati pelbagai gerigi. Menyedarkan aku siapa aku d dunia ini. Supaya aku tidak lupa diri dan masih ingat yang aku punya Tuan yang sentiasa memerhati.  Terimakasih kerana masih mendengar permintaan aku, dan terimakasih kerana masih memberi aku peluang . Terimakasih kerana masih menunjukkan aku jalan pulang dan terimakasih kerana Kau tidak menggelapkan hati yang kian hilang.

Ya Allah, terimakasih kerana masih menjaga aku. Walau jauhnya aku tersasar, masih kau sudi menjemput aku kembali kepadaMu. Terimakasih atas kasihsayang ini. Terus ingatkan aku, jangan kau jauhkan aku dari jalanMu. Kaulah Tuan ku, dan aku hambamu yang mutlak.

Thursday 22 March 2012

189

Aku nampak pelangi
Jadi aku lari lari
Cuba tangkap dan simpan dalam botol kaca
Dengan jaring halus buatan sendiri

Simpan d rak dalam bilik
Supaya nanti hidup aku ada warna
Warna pelangi
Tapi aku ragu
Benarkah tindakan aku?

Wednesday 21 March 2012

188

aku ada soalan
adakah kau pemilik hati yg mati atau kau pemilik hati yang bernyawa?
adakah kau pemakai topeng atau kau pemilik tubuh yg nyata?
adakah kau hamba yg patuh atau kau hamba yg durhaka?
tanya diri kau yg di dalam
Jiwa kau
Bukan otak kau
Baru kau jawap

187

dear my self

u should be studying rait now. Not facebooking n stalking, or even singing out loud. Scream as u want, but still, make a revision dear. Theres an exam tomorrow n im sure dat u will b dying answering it. Stop messing arround n wasting ur taim. Its already 2pm. The time is running out babe. Its running outttt!

Oh Mr Statistik, y u have to be one of the subject that have to be taken untuk lulus Degree nih? Im not mathematicians. Aku budak fakta di salut seni. eceh =,= Dan kau rambut, Stop menjadi serabai n nenek kebayan. Kang aku shave kau kang macam hari tu. Nak? Ke kau nak rasa jadi normal macam homosapiens yang lain? Kalau nak, duduk diamdiam atas kepala. Jangan nak melenggok sangat naahhh.

Eh gile! Pegi study sana! Offline cepat. SEKARANG!

Tuesday 20 March 2012

186


Aku tak tahu apa yang membenak kan aku lately. Since last week, my life were quite messy n they can look it directly through my face. Sorry, aku sendiri tak tau kenapa aku macam ni. Aku macam tersepit tengah tengah dan semua benda menurjah ke aku tanpa dapat aku tepis. Aku terima dan cuba jadi kuat. Hingga satu tahap aku rasa aku kosong dan tak punya apa apa. Semua sekeliling aku, aku rasa hambar. Apa yang nyata, aku stress tapi aku macam tak rasa. Aku tahu aku serabut kat dalam, tapi aku tak mampu nak luah sebab… like I said, I didn’t felt it but I know im in it. Arghhh! Korang faham ke?

Untuk tenangkan hati, aku selalu sogok diri aku dengan ice cream n minuman sejuk. Dats the only cure. 

Sunday 18 March 2012

185

what i really need rait know is a rest.
deym tired :|

tika ini aku harap aku kaya
tika ini aku harap kau ada
tika ini aku mimpi kau berdiri d sebelah sambil usap aku
hilangkan penat aku
dan pujuk aku supaya aku tak jatuh

saat ini aku perlukan bahu kau
saat ini aku mahukan tubuh kau
untuk aku benam ke dada
dan hilangkan segala kekusutan, kesakitan

tapi apa yang nyata
kau lebih memerlukan aku sekarang
kekuatan aku adalah kekuatan kau
jadi aku tak patut lemah
untuk kau aku kena gagah
kan?

Saturday 17 March 2012

184

dalam otak yang bersarang semut
muncul terowong terowong jalan
yang bersimpang siur dan bercantum
buat aku sesak dan sesat

tiada papan tanda
mana yang perlu aku masuk
mana yang bawa aku keluar?

lalu muncul kabus
selubung jalanjalan depan mata aku
dan aku jalan terhuyung hayang
sambil langgar dinding

aku sesat
aku sesat
aku sesat

sesat dalam otak sendiri

Friday 16 March 2012

183

kau si berani
yang menari dalam bayang
kau buat wayang kulit
kau ukir cantikcantik
lalu kau mainkan d layar

kau bercerita megah
mengenai kehebatan kau
kemahsyuran kau
dan si rabun yang kian buta
mendengar walau tidak faham

sedangkan kenyataannya
kau hanya wira dalam
dunia khayalan kau
yang terpahat d memori sempit kau
*kau seorang
yang enggan menerima kenyataan nyata

tetap kau bercerita
mengenai kepalsuan diri

teruskan wahai pembohong

Thursday 15 March 2012

182

untuk kau
manusia yang tidak beridentiti
meniru yang lainnya dan membusukkan aku
kau bangkai yang hanyir
lebih jijik dari najis
ya
engkau

aku tujukan pada kau
kau bebas dalam gaya kau
itu hak kau
aku tekan kan lagi
itu Hak kau

tapi kau tak berhak mengambil dan menayangkan
apa yang mutlak hak aku
kepada audiens lain
tanpa izin aku

jangan jadi babi

181

Malaysia sekarang sedang mengalami winter
D mana suhu sudah mencapai tahap beku
*bagi aku
Tak lama lagi tangan n kaki aku akan frozen dan fross boleh tgantung

Berbekal sweater lusuh warna putih dengan zip rosak
Aku sarung ke tubuh
Dan melangkah keluar bilik

di luar masih renyai 
Bagi aku, payung adalah rumit serta leceh
jadinya aku meredah titsan halus langit
Dan aku makan ice cream sebagai pencuci mulut
Teo ais sebagai minuman

Lalu aku bising kesejukan

Meliar mata lihat sekeliling
Anak anak ikan yang bersepah pelbagai saiz dan warna
Bak sini sorang meh

Rutin aku berputar sama
Setiap hari
Hari hari
Aku bosan

Wednesday 14 March 2012

180

Dikerikit ia cebisan daging
Mengunyah rakus d dalam gugut
Berselindung d sebalik layar
Lalu memapar watak manis

Satu persatu lembar d anyam
D corak teliti tiada cela
Tapi sayang
Tenunan itu hitam
Dek ditutupi dosa bertimpa

Manusia ini pelakon teater
Pelbagai watak menipu si alpa
Jika dikoyakkan rupa yang mengkaburi
Akan teserlah siapa pemiliknya

Tuesday 13 March 2012

179

this is wat i learn in my dendro class dis morning :D

178

wasting my time with painting lately. Cuba mengasah bakat yang makin tenggelam sebab lame gile aku tinggalkan dunia seni lukis.
Ni gamba fern yang aku kutip kat pokok taim otw balik dari makan.
this is Mickey. Cam ta bpe na center head die 2. Wuuu aku ta pandai sgt lukis potret T__T 

Monday 12 March 2012

177

Pencuri

Aku ada seorang jejaka
Dimana aku ikat hati dia
Tambat dekat pokok bunga d taman hati milik aku

Dia tidak kachak mana
Tapi cukup buat aku tergoda
Mencair bila dengar dia bersuara

Kami tidak kenal lama
Aku dan dia samasama suka
Mengenyit mengada
Oh sayang, kau pencuri hati beta
Dan aku sarungkan tahta

Memang aku manja, gedik mengadangada
Mengalah anak kecil hingusan
Tapi hanya pada kau
Memang aku suka mencuka
Merajuk minta di pujuk
Kerna  sayang
Keletah kau yang kayu itu
Membuktikan kau berusaha menyenangkan aku

 I love you 

175

Lately aku d hantui mimpi sama berulang ulang. Mengenai sejenis binatang yang aku panggil furrballz. Ia sangat sumel dengan warna kelabu belang hitam dan berekor panjang. Sangat sumel sampai aku jadi gila bayang terhadap dia. Aku dah gilakan kau lah furrball! Mungkin sebab aku dah lama tak membela binatang berbulu yang kecik, gian kau datang n its burdening me. Deym!

Ni suma salah kau la ni Mr taff. Salah kau sebab kenalkan aku dengan furrbll kau tu. Kan dah datang gian aku. Since he show it to me, I fall in love n gila aku makin menjadi bila tengok gamba gamba dia yang super cute mintak pelempang tu. Aku se cam na gigit gigit natang ni sebab tahap sumel yang melampau. Anddddddd aku paling benci pada benda sumel yang aku ta mampu milik (macam furrball ni =..=)

Ikut nafsu memang aku nak sangat bela. But da cost are killing. Lebih jimat bela kucing. Sumbat je nasi n ikan. Senang. Huuuu n sekarang aku nak salahkan nenek blakang rumah aku tu. Elok dah aku rembat anak kucing dalam sangkar blakang umah die, mak aku g pulangkan balik as aku dah na masuk kolej.  Tade orang na jaga berak kencing kucin tu nanti. Baby cats tu ada tiga n siap aku dah bagi nama lagi, juju jojo jiji. Haa aku tau ta sedap. Aku pedulik hapa, aku memang ta pandai bagi nama sumel sumel. Nama huduh je aku reti.

Then tadi masa tunggu gadis gadis gendutku turun tok g makan, aku mencangkung tepi longkang. Tengok ikan longkang yang gemuk gemuk kat dalam tu. Longkang kat kolej aju besih as air mata air yang mengalir. Dan tercetuslah idea, aku na bela ikan tu =..= disebabkan aku ta minat bela ikan, if ikan tu mati pun, ta terasa sangat  kan. Ahahha dush aku kena penyepak. Ta menghargai ciptaan tuhan betul aku ni.

U know wat, d sebabkan mimpi tesrsebut, mood aku down sampai ta lalu na makan n tido ta nyenyak. Then, ianya turut mengganggu emosi n minda aku samai dah beberapa hari otak aku mati dalam menulis. Cam bangang doe =,= teruk tahap kritikal gak aku ni kan. Arghhhh~

Sunday 11 March 2012

174

khas buat kau, gadis melayu yang memakai spek bingkai hitam, yang sering tersenyum lebar di dalam setiap foto kau, bertubuh genit dan comel serta manis bertudung. Ya, aku menulis ini khas untuk kau. Kali ini hanya untuk kau dan aku tujukan pada kau.

Dear miss F, tenks for reading. Sumpah aku ta sangka. Sebab dalam otak aku, takan ada pembaca hasil tulisan aku ni. Oke, quite speechless. Muahaha =..=  pape pun, tenks a lot! Kalau kau rasa ada kata kata aku yang berbaur lucahan n kekesatan, maaf. Mulut aku memang lancang =,= (orang kata) Kalau kau na bagi komen, lagi aku suka. At least aku tahu pendapat orang lain. Tade lah syok sendiri je menulis ni.

Again, tenks a lot dear! meh sini aku kish lajulaju meh. ngeheh :D InshaAllah aku akan hasilkan lagi cerita cerita dongeng kat sini.

173

Tak kenal maka tak cinta


Sering bukan perumpamaan ini di lempar. Tapi, pernah kah betul betul kau memahaminya. Kisah ini berlaku pada aku. Si pesimis yang sentiasa negative terhadap manusia. Aku dan dia memang tidak suka d antara kami but since kena duduk sama, aku menyumpah n memaki without stop at first. Hypocrite I am. Depan senyum, but bila membelakangkan, aku buat muka. Yes babe, I am hypocrite.

Then aku ada dengar dari mulut manusia lainnya, yang seolah kau bercakap mengenai aku. Mungkin kau cuba menegur tapi aku kelihatan sombong kerana aku sentiasa menghabiskan masa aku d depan lapy dan tidak bercakap. Maaf. Aku bukan pandai berborak. Aku lebih selesa berdiam dengan orang yang aku tak biasa.
I know u try to have a conversation with me. But I prefer playing games then talking. Lagian, kita tidak punya apa yang mahu d borakkan. Sampai satu detik, aku sedar. Mahu menyombong sampai bila? Dan aku mula menegur kau. Walau sedikit, yang pasti ada.

Dan kelihatannya hubungan antara kita sedikit baik berbanding minggu pertama. Its good rait? Dengarkan sini, aku tidak sombong. Cumanya aku tidak tahu memulakan hubungan yang baru. Aku kekok. Jadi, sila faham kan itu.

Saturday 10 March 2012

172

Rasa ini hambar
Kau perlu tambah garam
Perlu tambah perisa
Biar berasa sedikit hidup kau

Jangan berada pada tampuk lama
Bergerak walau setapak
Walau kecil, pengorbananya besar
Dengarkan itu
Itu
Kata kata nasihat orang tua
Jangan kau langgar
Jangan jadi si ahmak yang hanya menurut bicara angin
Kosong
Tapi isinya tiada

:: ahmak | bodoh :: 

Friday 9 March 2012

171

Bila sudah ada depan mata
Kau buta
Kau cari yang lainnya
Yang  tidak nampak
Yang tidak nyata
Yang kau sibuk sibuk angankan
Yang masih menerawang
Kau butakan mata melihat apa yang d depan
Yang jelas berdiri
Tidak, kau tidak Nampak itu
Kau sibuk menangkan ilusi yang kau cipta
Miraj yang tidak wujud
Itu yang kau agungkan
Kau manusia tidak tahu erti syukur

Tuesday 6 March 2012

170

Si psycho itu duduk d tepi
Memandang mangsa tanpa kelip
Tiap gerak, kata dan emosi d perhati
Dia memang obsess pada manusia itu
Manusia yang menambat hati dia
Tapi manusia itu tidak tahu

Jadi si psycho memandang mangsanya
Tanpa di ketahui, tanpa d sedari

Ikutkan hati,
Dia mahu rembat
Mahu curi, mahu tangkap
Tapi dia diam dulu
Pasang jerangkap dulu
Sabar
Sabar

Friday 2 March 2012

169

Beruang kutub

Kau dan aku berbeza
Dimana kau d antartika
Manakala aku d tropika

Kau dari golongan kaya
Manakala aku d golongan sederhana
Kau lihat aku dari segi apa?
Mahu mempermainkan perasaan anak gadis ya?
Kau fikir, wang kau beharga sangat kah?
Senang senang mahu beli aku
Sudah puas, campakkan aku?

Hey beruang kutub
Memang bulumu lebih anggun dan gebu
Lebih putih dari aku
Tapi bila kau d campak ke tempat panas
Menggelupur kau mati

Thursday 1 March 2012

168

Hari yang sangat membunuh sebab bosan na mati. Macam biasa, aku ngadap mr lapy. Hoyeahhh~ =,= n kunun kunun na sambung nota yang terbengkalai since last week. Tapi aku just sentuh jeee, then aku sambung on9. Ahaha  =..= maafka aku nota. Seru 2 nga stuck kat tol.

Hari tu si gemukku cakap ada orang baca penulisan aku. I neva expect dat. Sebab aku memang ta pk ade orang akan bace. Bagi aku penulisan aku bosan. Aku tulis ikut dan aku je, but depend o the situation. Kadang aku tak tau ape aku cuba sampaikan n aku tak tau orang faham ke ta ape yang aku cuba sampaikan. *oke, ayat cam tambhi.

Honestly, aku sangat terkejut and terkesima. Jengjengjeng. Untuk manusia tersebut, tenks sebab jengah ke sini. Tak sangka kau baca sampai habis. As for me, orang akan datang tengok 1st page then blah. Wuwuwu. Sebagai balasan, meh aku stalk kau pulak. Muahaha :D oke, aku tipu je. Malas dah na stalk *fakta bohong dari aku.

Dan ini cerita lain pula. Dear pt, please masukkan wang dalam akaun aku yang dah kontang. Kepalahotakau na masukkan tengah bulan 3 nanti. Na mampos sangat ke weyh? Aku na pakai duet, begitu juga ngan rakyat aku yang lain. Haishh~ kan best kalau boleh jual bulu kaki. Dapat sket aku menjana ekonomi.