Tuesday 27 March 2012

192

Aku cipta satu taman
Dimana hanya ada aku dan angan angan
Dan mereka bebas terbang
Dengan sayap halusinasi mereka
Yang bercorak flora serta bewarna pelangi

Dunia aku bukan reality
Itu aku tahu
Tapi ini taman aku
Jadi minda aku bebas berfikir semahunya
Membayangkan apa yang tidak sepatutnya

Ini taman aku
Taman aku
Jadi, ianya milik aku
Bukan milik kau, bukan milik mereka
Yang buta dengan purapura

Eh, kalau kau tak suka
Sila berambuskan diri
Tidak aku hiraukan pun kedatangan kau
Tapi
Jangan kau usik taman aku
Jangan kau sentuh
Jangan kau rosakkan
Jangan kau cabar hasil yang taman aku jana
jangan

No comments: