Sunday 26 May 2013

267

"Bay, aku penat. Aku nak rehat. Pinjamkan bahu kau boleh?"."Kau nak rehat kat aku? Sila" kata Bay  dengan senyum. Ai merapat diri. Memandang Bay yang ada di tepi. "Aku pinjam bahu kau ya" dan Bay membalas lagi dengan senyum.

Lampu pendaflour berkelip antara hidup dan mati. "Bay, aku nak tanya. Kau tetap ada dengan aku kan? Kau tak bosan?" "Buat apa bosan. Aku ada dengan kau dari wujud kau masuk ke dunia nyata. Sejak itu kita sudah terikat. Tak. Aku tak bosan. Tanpa kau, aku tidak akan ada." Bay berkata dalam senyum bagi menyejukkan hati Ai.

"Tapi Bay, aku penat. Aku penat hidup macam ini. Aku penat jadi kuat. Aku penat matikan hati. Aku penat hidup dengan kau hanya berdua. Aku penat. Aku penat sampai aku dah taktau apa yang aku penatkan."

"Ai, jangan kau risau. Aku ada. Sampai ke mati aku ada. Sampai nyawa kau ditarik malaikat nanti, sampai mata kau terkutup rapat, aku tetap ada dengan kau. Kau penat, kau rehat pada aku. Kau penat, aku hiburkan kau. Jangan kau risau :). Selagi ada cahaya, Kau akan nampak aku Ai. Jangan kau susahkan hati dan otak kau tu."

"Bay, aku nak rehat. Mari kita tidur."

Pendaflour semput Ai matikan suisnya sambil mata memandang keliling. Memandang lantai dan dinding. Gelap. "Selamat malam Bay, esok kita jumpa bila matahari wujudkan kau semula" dan disekat cairan jernih yang berjaya menembus keluar dari liang anak mata.

"selamat malam bayangbayangku"
"selamat malam sunyi"
"selamat malam sepi"
"selamat malam airmata"
"selamat malam semua"

Tuesday 21 May 2013

265

satu
memang dia ada dengan aku

dua
dia minta aku ada sentiasa

tiga
datang pergi suka hati

satu dua tiga
semua minta
aku jaga
jaga hati mereka
jaga jiwa mereka
jaga
mereka pinta
aku jaga

satu dua tiga
dengar sini
aku bukan patung
aku punya hati

satu dua tiga
aku tak mintak sebarang harta
aku cuma minta
cebisan waktu
untuk kau luangkan
pada aku

satu dua tiga
aku cukup kuat berdiri sendiri
aku cukup gagah untuk berlari
cuma sila
sila ada dengan aku
waktu kudrat ini
ditarik dan d carik

aku tak mintak banyak
hidup ini perlu ada sistem barter

mana boleh kau bolot semua
dan biar aku sorang yang tanggung

Sunday 19 May 2013

264

hari ini
aku rindu
akan semua
mimik muka
yang kau beri

hari ini
aku nampak kau
berlegar di manamana
berlari dan menari
sambil tangan mendepa
memanggil aku ke peluk
kau yang hangat

hari ini
aku mencari
mencari suara
yang memanggil
aku dengan manja

hari ini
aku mahu rehat
bergolekgolek
di pangku kau yang empuk

hari ini
aku lelah
aku terbayang
usapan lembut
yang kau beri

hari ini
bukan setakat hari ini
hari ini
adalah setiap harihari
yang aku tidak nampak kau
yang aku tidak dengar akan kau
yang aku tidak dapat merasa haba tubuh kau
ini bukan setakat hari ini
ini harihari

*mahu balik rumah. miss u mom

Monday 13 May 2013

263

aku berada dalam kondisi tidak tenang sekarang. Jadi aku perlu menulis sambil monolog dengan naga, dengan kembar yang ada di dalam.

aku selakselak lapisan per lapisan. Rasa rendah diri dah tak menerajang, dah main tomoi ngan aku. *syaiton punya rasa. Puihhh

Tiap kali aku nampak perkataan C tu, aku berdebar na pergi. Then nampak pulak gadis santek lain. Jeym. Merudum rasa rendah diri. Puihhh lagi

Bolak balik pulak otak dengan perasaan. Nak pergi o tidak. Nak? Tak? Kalo tanya yang lain, semua bagi semangat soh aku cuba banyak kali. Jujur. Ekceli aku ta berkeyakinan sangat dengan apa aku ada. Sebab aku sentiasa tanam dalam otak, dan aku makan pendirian aku tu sentiasa. Ada yang lebih better dari aku.

Kecewa? Banyak benda jadi penyebab. Aku dah lali. Dah boleh hidup ngan perasaan tu. Siap menari tango lagi. *ewahhhh~

Aku rasa na mencarut. Tapi.. Tapi... Orait, aku masih mampu behave n tame my little dragon *ala kucikuci hakhak

Kau ta paham aku carutkan? P mati. Haha aku nak tenangkan mereka yang ada di dalam. Kau apa tahu?

Let me b



Sunday 5 May 2013

262

not in a good mood today. Naga aku na terlepas. So aku cepat jinakjinak kan. Aku capai buku lukisan yang lama terbengkalai kat dalam beg tu n aku siapkan gamba ikan ni ha. 

Aku suka buat art style cenggini. Agak leceh tapi aku puassss dengan hasil die. muahaha :D
Aku combine kan 3 cara. 1st, warna dengan caryon.
Then, for d next step. Guna watercolor utk background. Ekceli aku paling ta suka kaler background. Sebab aku ta berapa pandai match warna tok latar belakang. Lain dalam otak, lain lak yang terhasil. Pffft.

Let it dry before proceed for d next step. Last skali guna pencil 2b untuk buat line n lukiskan corak. 

Done. Ta susah pon kan. Ini kalau aku na siapkan art yang simple n cepat. Aku memang suke lukis abstrak n lukis binatang yang pelik. Sebab aku ta cukup hebat melukis sebenarnya T_T

Okay, ni ada beberapa pic yang aku buat sebelum pic ikan ni. Using d same style paint. Na buat banyak lagi sebenanye but masa tade. haha
 mermaid bunny

tiga pic owl ni first batch yang aku buat. Afta dat baru lah aku apply style ni kat lukisan lain


261

well. errr hahahaha *my cute face *puihhh
gyomy 
aku pun na mainmain jugak
video?
aku dah buat *rakam banyak kali =,=
but then reaksi kawankawan yg na muntah hijo n laki aku jerit histeria
aku buang je vid tu sume. haha
err ia bukan vid seram
but they know who i am. and my attitude
yang ganas kasaq poyo baq hang
tibe buat gyomi, muke na bajet comel ayu habis
patung shangat tauuuu~ hakhakahak
yup
kalau korang kenal aku n tibe tgk vid ak yg kekonon cumel tu
korang pon na bagi kaki kat aku
=..=
zzzzzzzz
i dont give a jeym

kbai 

*tenks hun for d pic :*