Thursday 26 April 2012

215

okeh, dis new blog screen were quite weird
i need to adapt =,=

ini adalah cd yang aku korek dari album cd yang da berhabuk.
since da ta pakai (aku buat buat ta nampak yang cd ni elok lagi ), aku pun amek wat koleksi art aku
motif montage ni adalah owl yang aku gabungkan antara paper n magz
then corak yang keliling tu just normal draw using pencil
aku rajin buat dua je
pas tu da malas sebab penat
hahaha

Wednesday 25 April 2012

214


Boleh tak kalau kau bunuh dia?
Dia itu racun kau
Rosakkan kau
Bunuh aja dia
Buat apa kau simpan dan merosakkan diri kau
Useless

Dia itu perasaan bodoh
Humban kan aja ke gaung
Tak pun kau tanam dalam tanah
Biar langsung tak muncul lagi

Ah! Kau ni manusia degil
Batu pun tahu lembut
Ikutkan sangat jiwa rebel kau
Turutkan sangat paksi negative kau
Aku muak
Faham tak?
Sekarang
Semuanya bergantung pada kau
Aku hanya mampu duduk tepi
Yang bergerak itu kau

Semoga berjaya

Sunday 22 April 2012

213

panjat banggunan empat segi
tinggi tinggi
dan berdiri d tirai bumbung
sambil pandang depan menjeling ke bawah

tekan aku lagi
tekan puas puas
bagi aku bertubi
bagi semahu kau

aku dah tak larat
aku penat
lelah aku kau tak tahu
kau cuma tahu paksa
untung kau, maruah kau
itu yang kau kirakan

d tirai ini aku bebas
bebas mendepa
sambil tinggalkan tangkai stamen
bebas menjadi pollen yang longgar

dan aku terjun
sambil melebar sayap
jatuh aku, menjunam tepat
terjelepok dengan darah pekat
dan kau
puas hati kau kan?

Saturday 21 April 2012

212

Color Luna


Manusia itu kotak warna
Yang d penuhi pelbagai gerak
Pelbagai emosi
Lalu di tumpahkan segala warna itu
Pada hamparan
Yang kosong
Dicorak menjadi indah mahupun comot
Ia bergantung pada tuan empunya cerita
Itu seni dia
Kau punya seni kau sendiri
Jadi
Tak perlu kau terlalu menghukum mereka
Cermin dulu lukisan hidup kau
Cantik kah?

Friday 20 April 2012

211

Walau aku harap kau sentiasa ada
Kau Cuma bagi sebuah patung untuk aku
Yang keras dan kayu
Lalu kau letak ia depan aku dan pesan
Main baik baik dengan dia, nanti aku datang jenguk semula
Dan kau biarkan aku dan sikayu tercegat

Sekuat mana pun sikayu cuba hiburkan aku
Dalam hati aku ini lompong
Aku Cuma mampu lemparkan senyum palsu
Demi jaga hati dia
*Ah, hipokrit nya aku ini

Disini, aku hidup bersama sikayu
Dunia dia dan aku sama
Kami ditinggalkan dan d janjikan
Dengan kata kata manis tuan empunya kota
Kami Cuma mampu menunggu
Dan tersenyum palsu kepada sekalian rakyat
Kerna kukuhnya istana bergantung pada kami

Thursday 19 April 2012

210

Dr Jekyll n Mr Hyde

Dalam aku ada dua jiwa
Dan mereka berperang bagi mengusai aku
Aku hanya jadi penonton
Dalam coliseum retak

Menindas sesama sendiri
Menikam tiada henti
Dan yang sakit
Aku

Aku patung tanpa jiwa
Jiwa aku terbelah dua
Dan aku tak tahu mana satu adalah aku

Mereka menarik dan menolak
Jatuh dan bangkit
Melemahkan sendi aku
Untuk terus tegap

Mereka membunuh
Dan aku bagai manusia dalam sangkar
Terkurung dan patah

Boleh kau tolong aku?
Aku dah penat

Wednesday 18 April 2012

209

apa rasa kau
bila kau bukan diri kau
bila kau d olah
menjadi bukan kau

kau melihat cermin
wajah itu muka kau
tapi jiwa kau rebel
menghentak dan amuk
benci pada imej sendiri

ketidakpuasan hati
yang mutlak beraja
dan kau tak dapat ganjakkan
kau looser. Tahu?
hilang identiti
dan kau adalah mesin fotokopi
mencetak orang lain
lalu kau tempel pada kau
shit! looser gila

Monday 16 April 2012

208

Stupid hair cut
Stupid makcik
N i feel like a looser rait now
tenks to u faker!

207

Di gazebo putih ini
Aku duduk d bangku
Bertemankan siulan burung yang menari d dada langit

Di depan aku terhampar taman
Yang indah dengan bunga
Pelbagai warna dan reka
Aku khayal

Aku guling kan diri
Dalam gaun putih kembang paras dada
Berkemban seperti puteri dulu kala
Dan menyanyi kecil aku
Atas batas ini

Aku dengar hentakan kaki kuda
Berlari
Makin lama makin mendekat
Adakah itu kau?

Segera aku bangkit
Tiada siapa
Ah, aku berhalusinasi lagi

Friday 13 April 2012

206

Empayar penjajahan yang kau bina
Makin lama makin tenggelam
Dan kau mula lemas
Tapi ego kau juga kau naikkan daulatnya

Kau lemas dengan kerajaan yang kau bina
Kau lemas dengan ego kau
Dua dua menyerang
Tapi kau tak inginkan bantuan

Terpulanglah
Aku d sini hanya ‘joker’
Pelawak untuk hiburkan kau bukan?
Sebab itu apa aku kata
Kau tak pernah endahkan
Kau kan raja
Mengapa perlu kau turutkan kata aku
Pacar yang hina ini
Kan?

Jadi
Aku undur kan diri
Aku biarkan kau dengan istana runtuh ini
Biar kau mati sekali bersama mereka
Aku tinggalkan kau dengan sinis aku
Dan .. kau.
adios

Thursday 12 April 2012

205

Arm mula curang kepada kekasihnya
Dek kerna ditinggalkan sepi sendiri
Lalu dia mula main mata dan memancing minat gadis yang sudah d perhatikan

Sambil senyum macho habis
Dia berjalan menuju ke arah si gadis
“hye, nama saya Arm. Boleh kita berkenalan? “
“awak bercakap dengan saya kah?”
“err, aah. Awak”
“maaflah, saya tidak minat. Lagipun im taken. This is my ring”

Dan tika itu juga muka Arm berubah tona
Dan segera dia angkat kaki mahu pergi
Dan mula dia monolog sambil melangkah laju
Padan muka aku
Kena reject straight to da point
Lalu dia meraba ke dalam kocek
Mencari telefon bimbit
Mendail no kekasihnya
“Sayang, im sorry”
“kenapa ni sayang?”

Maka tercetuslah perang dunia ke 3

Sunday 8 April 2012

204

Aku Lapar

Bila perut kau berbunyi dan minta d isi
Kau sua kan makanan yang enak pada mulut kau
Dengan pelbagai juadah beraneka rasa
Dan kau manjakan zahir kau dengan itu ini
Kau senangkan hati dia
Kau gembirakan dia

Tapi,
Bila batin kau meminta
Apa yang kau beri?
Kau tak hiraukan pun kan?
Kau biarkan dia kebulur
Mengais ngais minta ehsan kau
Suapkan dia dengan makanan yang sepatutnya

Kau Cuma kata ‘nanti aku beri. Kau tunggu’
Dan dia mengharap yang kata kata kau itu benar
Jadinya, ia tunggu
Tapi kau batukan ia
Kau buat  ia tidak wujud
Kau biar ia kebulur dan sakit
Kau seksa dan racun dia
Tanpa kau sedar
Batin kau makin mati
Dan saat itu
Baru kau rasa kehadiran ia
Baru kau nak rawat

Dia makin tenat
Makin nazak
Ada kau tahu itu?

Kenapa kau jadi tidak adil?
Kenapa?
Sedangkan dulu kau dan dia
Bersama bukan?

Cedok balik memori kau
Menyelam pada diri kau
Cari balik siapa kau
Jangan terus hilang
Jangan biarkan ia pupus dari dalam diri
Kau punya akal pemberian tuhan
Gunakan sebaiknya dan waraskan pada setiap perkara

203

Aku si tugu basi
Yang d hurung langau tanpa belas
Dibiar membangkai seorang diri
Dan temanku hanyalah sunyi
Yang gelap dan kusam

Menanti aku d sini
Menunggu d kutip sang dewata
Membersih aku
Tapi dia hanya menyampaikan bisikan angin
Yang datang lalu hilang

Dan aku tetap setia
Seperti si tolol
Berdiri d sini
Di basah hujan d jemur  terik
Menunggu
Menunggu
Dan terus menunggu

Friday 6 April 2012

202

Dan sekali lagi aku mengalami perkara yang sama
Dimanana mereka datang lagi

Sejak akhir akhir ni aku banyak mengalami depresi
Yang buat aku rasa kosong jiwa
Aku bermasalah
Jiwa aku makin hilang dari tubuh
Yang ada, Cuma rasa lompong

Aku merosakkan diri sekali lagi
Sebab aku rasa, itu adalah cara untuk aku lupakan dan dapatkan rasa tenang
Aku tahu salah
Tapi otak aku dah tak berfungsi

Terlalu banyak yang aku fikir
Terlalu banyak yang merosakkan cip aku
Perasaan aku
Semua berkecamuk

Aku rasa sesat
Dan aku mula berjalan sendiri
Tolong jangan kau beri aku kata janji
Itu adalah pembohongan
Aku dah tak percaya akan perkataan janji
Bagi aku, bila kau kata kau janji, itu maknanya tipu
Bullshit

Thursday 5 April 2012

201



Superrrrrrr  luv dis book! Its classic and the words are old malay, which they didn’t change yet.  Habis semua ayat satera lama keluar, hatta, yang demikian , maka, n banyak lagi. It’s a story about life, love and family. Kalau ikut sekarang, cerita dia sama macam cerita drama, yang raja kawen banyak, gundik cemburu, anak tiri, and blablabla. Lepas tu, masuk pulak bab pertunangan, pengembaraan, kisah puteri yang membawa hati, pengkhianatan dan banyak lagi. Yang membezakan buku ni dengan buku novel, cara penceritaan dan sudah tentu bahasa yang diguna. Tapi, aku prefer buku ni lagi. For the first time aku sangat teruja baca buku okeh! Sangat teruja.

Lenggok bahasa melayu lama sangat lembut, n even theres a sensored part, ianya digarap dengan susunan bahasa yang molek supaya kekasaran itu tidak terlalu jelas.  Mungkin kerana jiwa aku terikat dengan sastera lama, aku mudah membaca penulisan klasik ni dan dapat membayangkan bagaimana cerita tersebut berlaku. Selain itu, aku turut merasai segala cerita yang d sampaikan. Segala rasa sakit hati, kesedihan dan kekuatan watak yang ada dalam cerita. Cerita ni happy ending. Dan aku turut merasa bahagia bagi pihak watak.

Dan kalau boleh, aku nak rasa hidup seperti itu. Penuh dengan kayangan dan kekuatan pahlawan. Walaupun bergelar perempuan, hidup mereka lebih gagah dari lelaki. Aku tahu yang ianya hanya cerita.  But still, even story, they can be real in life. Dan cerita yang disampaikan oleh lelakun, kebanyakannya berdasarkan kehidupan nyata bukan?

How I wish I was born in dat life. Kehidupan d mana pembangunan belum mencemar  tanah. Kehidupan d mana manusia masih menggunakan rumah kayu dan hidup berkampung di hutan.  Kehidupan d mana belum wujudnya gas untuk memasak. Kehidupan d mana manusia hidup harmoni dan saling mengenali. Aku mahu kehidupan macam itu. Kehidupan manusia klasik. Kehidupan d zaman mula wujudnya tanah Malaya.

p/s: sayangnya, buku macam ni dah susah na cari :|

Wednesday 4 April 2012

200

Malam ini kelam
Tiada bintang tiada bulan
Hanya lapisan hitam d dada langit

Ada hembusan angin yang bisik bisik lembut
Hasut aku suruh tidur
Tapi aku manusia tegar
Masih membatukan punggung d muka kerusi

Bosan
Lalu aku mencucuh sebatang rokok dan sedut
Hembus
Dan sedut

Aku biarkan nikotin itu meresap pada setiap sel tubuh
Biar mendap dalam otak aku
Dan meransang aku untuk terus jaga

D belakang kerusi
Kawan kawan sedang hebat bergelak tawa
Dengan tangan masing masing memegang kad 
Permainan biasa yang yang kami gelar poker
Tapi tiada sebarang pertaruhan

Suara mereka bergema macam speaker
Jadinya kejiranan kami riuh
D bilik sebelah, ada mata ketidakpuasan mundar mandir
Bengang

Pedulik apa kami dengan mereka
Mereka sampah
Yang suka membusukkan hati sendiri
Terus aku dengan sedutanku
Dan mereka dengan poker mereka
Sambil melayan keseronokan masing masing

Monday 2 April 2012

199

Ini Bukan Plastik

Ini cerita tentang organ hidup
Yang berdenyut bernadi bernyawa
Yang punya perasaan, punya mata
Mata yang terbuka tutup
Ikut bersih dalaman kau

Ia hidup
Hidup dalam aku, dalam kau, dalam mereka
Dalam semua yang punya roh
Dimana ia simpan bermacam perasaan
Yang sentiasa berjolak menerjah mahu bebas

Kau keluarkan ia
Kau toreh halus halus
Kau ingat aku takan perasan
Lalu kau perah asam limau
Kau tabur dengan garam
Memang sedap
Memang sedap kau buat aku macamtu


Kau ingat ia bolakah?
Boleh kau tendang ikut suka kau
Lambung dan campak campak
Macam ia plastic

Kau yang gila!
Waras kau hilang
Organ kau tiada
Sebab itu kau begitu
Kau tak macam aku yang punya organ istimewa
Kau robot besi karat
Yang bodoh, buta tuli
Sebab itu kau tak tahu aku
Kau tak punya organ macam aku
Sebab kau pemilik hati yang mati

198

Untuk kau
Aku adalah adiwira
Yang sentiasa gagah
Sasa luaran dan dalaman
Agar aku dapat terbang
Dan datang selamatkan
Bila kau mula tenggelam

Untuk kau
Aku perlu menjadi ibu
Yang sentiasa memanjakan dengan belaian
Mendengar rengekan dan rungutan
Untuk redakan rajuk kau
Pada dunia luar yang kejam

Untuk kau
Akan aku jadi bantal
yang empuk dan selesa
yang kau boleh datang peluk dan lena
yang boleh kau benamkan muka
sambil hilangkan kekusutan kau

untuk kau
aku perlu kuat
agar kau tak jatuh dan lemah
Agar kau masih kuat melangkah
Dengan kaki aku
Kerna kau dan aku satu
Lumpuh kau, kudungnya aku

Syg, dengarkan sini
Untuk kau, aku sentiasa ada
Walau kau tidak Nampak zahirnya aku
Bayang kau adalah aku
Ingatkan itu

Kita sering berlari dan sering kita jatuh
Bangkit kita bersama
Dan aku tak akan pernah meninggalkan kau
Tanam itu baikbaik dalam memori kau ya sayang