Monday 2 April 2012

199

Ini Bukan Plastik

Ini cerita tentang organ hidup
Yang berdenyut bernadi bernyawa
Yang punya perasaan, punya mata
Mata yang terbuka tutup
Ikut bersih dalaman kau

Ia hidup
Hidup dalam aku, dalam kau, dalam mereka
Dalam semua yang punya roh
Dimana ia simpan bermacam perasaan
Yang sentiasa berjolak menerjah mahu bebas

Kau keluarkan ia
Kau toreh halus halus
Kau ingat aku takan perasan
Lalu kau perah asam limau
Kau tabur dengan garam
Memang sedap
Memang sedap kau buat aku macamtu


Kau ingat ia bolakah?
Boleh kau tendang ikut suka kau
Lambung dan campak campak
Macam ia plastic

Kau yang gila!
Waras kau hilang
Organ kau tiada
Sebab itu kau begitu
Kau tak macam aku yang punya organ istimewa
Kau robot besi karat
Yang bodoh, buta tuli
Sebab itu kau tak tahu aku
Kau tak punya organ macam aku
Sebab kau pemilik hati yang mati

No comments: