Monday 16 April 2012

207

Di gazebo putih ini
Aku duduk d bangku
Bertemankan siulan burung yang menari d dada langit

Di depan aku terhampar taman
Yang indah dengan bunga
Pelbagai warna dan reka
Aku khayal

Aku guling kan diri
Dalam gaun putih kembang paras dada
Berkemban seperti puteri dulu kala
Dan menyanyi kecil aku
Atas batas ini

Aku dengar hentakan kaki kuda
Berlari
Makin lama makin mendekat
Adakah itu kau?

Segera aku bangkit
Tiada siapa
Ah, aku berhalusinasi lagi

No comments: