Sunday 8 April 2012

204

Aku Lapar

Bila perut kau berbunyi dan minta d isi
Kau sua kan makanan yang enak pada mulut kau
Dengan pelbagai juadah beraneka rasa
Dan kau manjakan zahir kau dengan itu ini
Kau senangkan hati dia
Kau gembirakan dia

Tapi,
Bila batin kau meminta
Apa yang kau beri?
Kau tak hiraukan pun kan?
Kau biarkan dia kebulur
Mengais ngais minta ehsan kau
Suapkan dia dengan makanan yang sepatutnya

Kau Cuma kata ‘nanti aku beri. Kau tunggu’
Dan dia mengharap yang kata kata kau itu benar
Jadinya, ia tunggu
Tapi kau batukan ia
Kau buat  ia tidak wujud
Kau biar ia kebulur dan sakit
Kau seksa dan racun dia
Tanpa kau sedar
Batin kau makin mati
Dan saat itu
Baru kau rasa kehadiran ia
Baru kau nak rawat

Dia makin tenat
Makin nazak
Ada kau tahu itu?

Kenapa kau jadi tidak adil?
Kenapa?
Sedangkan dulu kau dan dia
Bersama bukan?

Cedok balik memori kau
Menyelam pada diri kau
Cari balik siapa kau
Jangan terus hilang
Jangan biarkan ia pupus dari dalam diri
Kau punya akal pemberian tuhan
Gunakan sebaiknya dan waraskan pada setiap perkara

No comments: