Thursday 27 September 2012

231


Jangan kejutkan naga
Naga itu buta
Naga itu buas
Amuk tanpa belas

Jangan kejutkan naga
Jiwa dia gila
Fikiran tiada had
Tindakan tanpa ikat

Jangan kejutkan naga
Taringnya  panjang membenam
Pada isi tulang belikat

Jangan kejutkan naga
Tidur dia biar nyenyak
Jaga ia bencana
Benci ia membunuh

Jangan kejutkan naga
Hati dia batu
Tapaknya besar
Memijak dengan tugu

Jangan kejutkan naga

Monday 24 September 2012

230


Ah! Mimpi lagi! Bentak hati kecil Risa, seraya bangkit dari katil. “why do I have that dream again?” peluh dingin merembes perlahan dari liang liang roma, mebasah baju. “apa kau nak?” . Dia bermonolog sendiri sambil memerhati imej dalam cermin . Pandangannya samar dek mamai. “Ini sudah jam 3, esok mahu kerja. Come on, I need my sleep!” dia membentak.

Entah mengapa, sejak dia pulang dari pulau itu, dia dilanda perkara aneh. Dia dapat rasa ada mata yang perhati, tapi mungkin itu hanya perasaan. Mungkin hanya ilusi yang dijana membrane otak dan cuba memanipulasi reality.

Setiap malam mimpi itu akan datang lagi. Dia akan nampak satu rumah agam tepi pantai. Rumah yang lengkap dengan taman bunga yang pelik. Dan setiap kali itu juga dia akan membenamkan diri ke taman itu. Menghayati setiap kelopak yang pelbagai warna sambil menari nari. Di suatu sudut, ada kerusi dan gazebo putih siap terhidang untuk dilewati. Seperti medan magnet, dia akan di tarik kesana dan acap kali kaki melekat erat d lantai, ada tubuh yang sedang berdiri d situ. Menunggu dia.

Risa jadi takut. Sebab itu dia sering terjaga dari mimpi tersebut. Seperti pita yang di roll filemnya, the same story happen. Risa jadi penat. Tubuhnya kian lemah dek kurang tenaga. Ditambah bebanan kerja yang  menekan, dan tiada siapa untuk berkongsi cerita. Dia jadi tertekan.

Jadi, Risa cuba mengubah jalan cerita. Dia memberanikan diri untuk bersua mata dengan jasad yang ada dalam mimpinya. “Malam ini kita akan berjumpa. Kau tunggu.” Malam semakin gelap dan bintang mengenyit mata. Risa lelap. Kini dia berada d gazebo. Tubuh misteri itu masih duduk d situ. Risa menyentuh.

Seorang lelaki dalam kelubung lusuh. Kacak dan mempunyai pesona yang menarik. Risa terkesima dan kaku. “kau… kau siapa? Kenapa di sini?”  Jejaka tersebut bangkit dan berdiri betul betul depan Risa. Tinggi dan sasa. “aku dah lama tunggu kau Risa. Di sini, setiap hari. Kenapa kau lari dan pergi?” “Kau tunggu aku? Kau siapa? Kenapa di sini?” Risa bingung. “Aku pemilik rumah agam ini. Hidup aku sendiri. Kau boleh panggil aku Awana. Aku mahu berkawan. Punya teman di sini. Taman ini aku bina untuk kau, untuk kita.”  “Kau bina ini untuk aku? Kita? Haaa?”  Risa masih bingung. Otaknya tersumbat untuk berfikir. Bercelaru dan bergejolak. “Risa, aku.. aku sukakan kau. Sebab itu aku bina taman ini untuk kau. Aku cuba berhubung. Tapi dunia kita beza. Aku Cuma mampu jumpa kau dalam maya. Dalam mimpi kau. Maafkan aku.” “Kau suka aku? Dunia kita beza? Karut! This is just a dream. Esok lusa aku mimpi lain. Kau Cuma mimpi. Mimpi!” dan serentak itu juga risa tersentak dari lena. Jam 5. Risa bangkit dan bersiap. Walaupun masih awal, dia tak manu tidur lagi. Dia risau.

Di pejabat, Risa tak dapat tumpu pada kerja. Otaknya masih menguis memori tadi. Masih mengorek dan cuba mengingat. Perasaan bercampur baur.

Malam menjelma lagi dan Risa takut mahu tidur. But human cant against nature. Tetap dia lelap walau tanpa sedar. Risa ada di taman. Awana juga di situ, cuba mendekat. Risa mahu lari, tapi entah mengapa jiwanya terpaku dan tegap di tempat dia berdiri. Dia renung Awana lama lama. Hatinya jadi lembut dan tergoda. “Kenapa aku lari?” dia monolog.

Sejak itu, Risa jadi selesa tiap kali malam datang. Tiap kali matanya pejam, dia jadi tak sabar mahu bermimpi.  Kerna Awana pasti ada, pasti menunggu dengan senyum manis, dengan gurau senda dan manja. Risa sudah jatuh cinta, sudah angau. Dia jadi malas buka mata. Kalau boleh, Risa nak tidur lama lama. Mahu ada dengan Awana. Di dunia reality, hidup Risa tak menentu. Dia seperti gila. Pantang ada masa, pasti dia akan tidur. Sampaikan makan pun terganggu. Dia tidak peduli. Dia hanya mahu Awana, sang kekasih hati.

“Risa sayang, mahu tak Risa jadi milik Awana selamanya? Tapi, ada syarat.” “Syarat apa?” Tanya Risa. “Risa kena tinggal di sini selamanya. Dalam dunia Awana. Mahu?”  Awana memujuk lembut. “Untuk Awana, Risa sanggup. Dunia ini kan milik kita. Risa sanggup.” Ucap Risa bersungguh. “jadi, Risa tinggal kat sini terus ya. Tinggalkan dunia Risa.” “Baik. RIsa tingglkan dunia Risa. Risa tinggalkan sekarang. Tapi macamana?”
Fajar terbit dan mentari mula menerik mengikut edaran waktu. Dalam rumah Risa, ada tali terikat kemas pada siling dengan tubuh tergantung. Terhuyung hayang  dengan kaki tak menjejak tanah.

Thursday 13 September 2012

229

ada dua simpang
dan aku tegak kaku d tengah
bermain antara realiti dan halusinasi

keduaduanya menarik
menghidangkan perkara menarik
menghasut aku

tapi jiwa kosong
menerawang
dengan kaki terikat
pada keduadua dunia

kiri atau kanan?
buntu
dan sang dewi terbang
mengeliling bersama panji klasik
tidak membantu

aku melihat dasar
mencari tapak kukuh
untuk aku berdiri utuh
tapi samar

yang pasti aku masih menerawang