Ah! Mimpi lagi! Bentak hati kecil Risa, seraya bangkit dari katil.
“why do I have that dream again?”
peluh dingin merembes perlahan dari liang liang roma, mebasah baju. “apa kau
nak?” . Dia bermonolog sendiri sambil memerhati imej dalam cermin . Pandangannya
samar dek mamai. “Ini sudah jam 3, esok mahu kerja. Come on, I need my sleep!” dia membentak.
Entah mengapa, sejak dia pulang dari pulau itu, dia dilanda
perkara aneh. Dia dapat rasa ada mata yang perhati, tapi mungkin itu hanya
perasaan. Mungkin hanya ilusi yang dijana membrane otak dan cuba memanipulasi
reality.
Setiap malam mimpi itu akan datang lagi. Dia akan nampak
satu rumah agam tepi pantai. Rumah yang lengkap dengan taman bunga yang pelik.
Dan setiap kali itu juga dia akan membenamkan diri ke taman itu. Menghayati setiap
kelopak yang pelbagai warna sambil menari nari. Di suatu sudut, ada kerusi dan
gazebo putih siap terhidang untuk dilewati. Seperti medan magnet, dia akan di
tarik kesana dan acap kali kaki melekat erat d lantai, ada tubuh yang sedang
berdiri d situ. Menunggu dia.
Risa jadi takut. Sebab itu dia sering terjaga dari mimpi
tersebut. Seperti pita yang di roll filemnya, the same story happen. Risa jadi
penat. Tubuhnya kian lemah dek kurang tenaga. Ditambah bebanan kerja yang menekan, dan tiada siapa untuk berkongsi
cerita. Dia jadi tertekan.
Jadi, Risa cuba mengubah jalan cerita. Dia memberanikan diri
untuk bersua mata dengan jasad yang ada dalam mimpinya. “Malam ini kita akan
berjumpa. Kau tunggu.” Malam semakin gelap dan bintang mengenyit mata. Risa
lelap. Kini dia berada d gazebo. Tubuh misteri itu masih duduk d situ. Risa
menyentuh.
Seorang lelaki dalam kelubung lusuh. Kacak dan mempunyai
pesona yang menarik. Risa terkesima dan kaku. “kau… kau siapa? Kenapa di
sini?” Jejaka tersebut bangkit dan
berdiri betul betul depan Risa. Tinggi dan sasa. “aku dah lama tunggu kau Risa.
Di sini, setiap hari. Kenapa kau lari dan pergi?” “Kau tunggu aku? Kau siapa?
Kenapa di sini?” Risa bingung. “Aku pemilik rumah agam ini. Hidup aku sendiri.
Kau boleh panggil aku Awana. Aku mahu berkawan. Punya teman di sini. Taman ini
aku bina untuk kau, untuk kita.” “Kau
bina ini untuk aku? Kita? Haaa?” Risa
masih bingung. Otaknya tersumbat untuk berfikir. Bercelaru dan bergejolak. “Risa,
aku.. aku sukakan kau. Sebab itu aku bina taman ini untuk kau. Aku cuba
berhubung. Tapi dunia kita beza. Aku Cuma mampu jumpa kau dalam maya. Dalam
mimpi kau. Maafkan aku.” “Kau suka aku? Dunia kita beza? Karut! This is just a dream. Esok lusa aku
mimpi lain. Kau Cuma mimpi. Mimpi!” dan serentak itu juga risa tersentak dari
lena. Jam 5. Risa bangkit dan bersiap. Walaupun masih awal, dia tak manu tidur
lagi. Dia risau.
Di pejabat, Risa tak dapat tumpu pada kerja. Otaknya masih
menguis memori tadi. Masih mengorek dan cuba mengingat. Perasaan bercampur
baur.
Malam menjelma lagi dan Risa takut mahu tidur. But human cant against nature. Tetap dia
lelap walau tanpa sedar. Risa ada di taman. Awana juga di situ, cuba mendekat.
Risa mahu lari, tapi entah mengapa jiwanya terpaku dan tegap di tempat dia
berdiri. Dia renung Awana lama lama. Hatinya jadi lembut dan tergoda. “Kenapa
aku lari?” dia monolog.
Sejak itu, Risa jadi selesa tiap kali malam datang. Tiap
kali matanya pejam, dia jadi tak sabar mahu bermimpi. Kerna Awana pasti ada, pasti menunggu dengan
senyum manis, dengan gurau senda dan manja. Risa sudah jatuh cinta, sudah
angau. Dia jadi malas buka mata. Kalau boleh, Risa nak tidur lama lama. Mahu
ada dengan Awana. Di dunia reality, hidup Risa tak menentu. Dia seperti gila.
Pantang ada masa, pasti dia akan tidur. Sampaikan makan pun terganggu. Dia
tidak peduli. Dia hanya mahu Awana, sang kekasih hati.
“Risa sayang, mahu tak Risa jadi milik Awana selamanya?
Tapi, ada syarat.” “Syarat apa?” Tanya Risa. “Risa kena tinggal di sini
selamanya. Dalam dunia Awana. Mahu?”
Awana memujuk lembut. “Untuk Awana, Risa sanggup. Dunia ini kan milik
kita. Risa sanggup.” Ucap Risa bersungguh. “jadi, Risa tinggal kat sini terus
ya. Tinggalkan dunia Risa.” “Baik. RIsa tingglkan dunia Risa. Risa tinggalkan
sekarang. Tapi macamana?”
Fajar terbit dan mentari mula menerik mengikut edaran waktu.
Dalam rumah Risa, ada tali terikat kemas pada siling dengan tubuh tergantung.
Terhuyung hayang dengan kaki tak
menjejak tanah.
No comments:
Post a Comment