Thursday 29 November 2012

Wednesday 28 November 2012

238


Dulu pernah ada
Satu bintang bersinar
Terang belah langit
Gelap dalam aku

Dia ada
Berkelip terang
Bawa pelangi bila siang
Bawa bidadari bila kelam

Dia ada
Sentiasa ada

Tiba dia hilang
Makin samar dalam hitam
Mana kau?
Mana?

Dia hilang tanpa bayang
Selamat tinggal tanpa ucap
Ini persinggahan dia mungkin

Tidak mengapa
Terima kasih

Wednesday 14 November 2012

237


“Dah Solat? Dah ngaji?” mak bertanya di hujung talian. Aku hanya bagi kerang busuk depan cermin. “Belum mak, kejap lagi kot.” dan mak mula membebel. Aku sendiri dah tak ingat berapa lama aku tinggalkan sejadah dan kopiah. Berapa lama aku tak sentuh kitab Al-Quran. Yang aku tahu, lama. Sejak aku bergelar anak teruna yang bekerja besar di Bandar. Aku Cuma tahu kain pelekat, diguna untuk buat pembinaan tugu togel dengan awek aku. Haa, yang itu aku tahu.

Tiap malam minggu pasti Marry datang kesini. Teman aku bermalam sambil mengaplikasi pelbagai perkara. “You simpan kitab tu buat apa? You baca ke? Tu, kopiah you tu still guna ke? kenapa letak kat situ? Kacau la sayang. Pelik tau you ada benda-benda ni semua.” Dia menuding kepada kitab dan kopiah di rak berhabuk. Aku buat batu dan teruskan permainan aku dengan dia. “You jangan la pandang. Biar je kat situ. Nak pelik apa?” aku menjawap. Hidup aku dan Marry meriah tiap kali malam. Kami berpesta dan minum sampai puas. Baru ada feel extra beraksi nanti.

Entah apa malang nasib aku, malam tu aku terlebih dos minum, dan aku drive pulang. Aku kemalangan dan cacat. Marry tinggalkan aku untuk laki lain dan aku macam bangkai kat rumah sorang-sorang. Fell like shit! Dan Marry, kau bitch! Betina tak guna!

Seperti manusia lain, bila dah begini baru tahu nak bertaubat. Baru tahu nak pulang ke pangkal jalan. Jadi aku cuba kembali seperti mana aku masih anak kampung. Kitab yang berhabuk di rak, aku capai perlahan dan aku bersihkan. Pemberian arwah ayah. Aku masih ingat. Aku selak muka surat satu persatu, dan mata aku penuh dengan tulisan jawi berbaris atas bawah. Mulut yang aku cuba gerakkan kaku, kelu. Aku panik. Kenapa ni? Tangan aku gigil dan panas. Aku letak perlahan Al_Quran di rak semula. Aku dikeji kah?

Saat itu ego aku sebagai lelaki runtuh di atas sejadah usang. Ratapan kasar memenuhi ruang. Benar-benar aku rasa penangan akibat gejala hitam aku di rumah ini. Aku mencuba menutur tulisan jawi di kitab semula. Masih kelu dan aku tidak sedarkan diri.

Aku nampak arwah ayah datang menggoncang bahu. “Bangun Khai, kita Subuh sama.” Aku teragak-agak. “Ayah?” aku hanya makmum di belakang, dan sedang asyik aku mendengar alunan surah yang di baca, ada sesuatu menyelinap di dalam kain pelekat. Aku melompat melihat longgokan ular hitam di kaki. Menjerut batang betis dan paha sambil menyeringai menunjuk taring. “ayah! Tolong!” dia tidak menoleh. Masih kusyuk menitir ayat suci.

Aku terjelepok di lantai. Sang hitam memperkemas belitan sambil mara ke tubuh. Aku rasa lemas. Cuba ku capai ayah didepan tapi aku tak mampu. Bergema suara garau digegendang telinga menyebut nama. Aku mencari dalam ketar. Terlihat sesusuk tubuh hitam berdarah, dihias bau nanah busuk yang mual. “Apa kau kenal aku?” aku Cuma menggeleng. Semakin mara dengan bau hanyir. “Kau aku? Penipu!” dan dia hanya ketawa menggila.

“Mari ikut aku?” 

*cite ni ekceli ta abes lagi. Nanti lah aku sambung. 

236

kali ni aku ta membebel. Nah muke sememeh masa spend taim ngan gegurl ku sekalian. Fefiling fotosut. bahaha kbai




aku ada misai! weehuu lolss =..=

ma fev. wallah~ trololo

Friday 9 November 2012

235


We have dat memory. We do have. Samapai ke mati pun memori itu tetap ada dalam kita. Aku tak nafikan. Sebab aku sedar kenyataan itu. Aku sedar.

Entah kenapa hari ini aku tergerak untuk melekatkan pemberian kau dulu. Tanpa niat apaapa. Dan tibatiba kau datang bertanya kabar setelah berbulan kita membisu. Kau gigilkan hati aku yang lama tak bergoyang. Sumpah. Kau gigilkan.

Jodoh kita tiada. Itu aku pasti buat masa ini. Kau dan aku samasama melupakan wajah yang kita ada. Cuma kita hidup kadang di landasan memori nipis yang samar. Kau teringat ketawa aku dalam tiba. Dan aku tergerak memakai pemberian kau tibatiba. Apa ini?

Jalan kita jauh menyimpang. Hidup kita diteruskan ikut acuan kita. Tapi masih kita tak mampu membunuh sejarah. Sejauh mana pun aku dan kau lari, kita tetap sebahagian dari baitbait hidup lalu. Kita tak mampu membunuh sejarah itu. Tak, kita tak mampu

Saturday 3 November 2012

234


Penjara wilayah kerdil
Dipijak jajahan batu
Paksi mereka musnah
Sang joker menari dikeliling gembala lembu
Tolol

Sang raja jatuh
Pemerintahan kian pudar dalam pusar
Dia kalah
Dia kalah

Istana itu buta
Gelap angkasa lubang hitam
Itu balck hole
Raksasa penelan roket manusia

Belum mati
Separuh sedar dalam roh sesat
Pulang lah
Pulang
Sebelum terlewat