Sunday 26 May 2013

267

"Bay, aku penat. Aku nak rehat. Pinjamkan bahu kau boleh?"."Kau nak rehat kat aku? Sila" kata Bay  dengan senyum. Ai merapat diri. Memandang Bay yang ada di tepi. "Aku pinjam bahu kau ya" dan Bay membalas lagi dengan senyum.

Lampu pendaflour berkelip antara hidup dan mati. "Bay, aku nak tanya. Kau tetap ada dengan aku kan? Kau tak bosan?" "Buat apa bosan. Aku ada dengan kau dari wujud kau masuk ke dunia nyata. Sejak itu kita sudah terikat. Tak. Aku tak bosan. Tanpa kau, aku tidak akan ada." Bay berkata dalam senyum bagi menyejukkan hati Ai.

"Tapi Bay, aku penat. Aku penat hidup macam ini. Aku penat jadi kuat. Aku penat matikan hati. Aku penat hidup dengan kau hanya berdua. Aku penat. Aku penat sampai aku dah taktau apa yang aku penatkan."

"Ai, jangan kau risau. Aku ada. Sampai ke mati aku ada. Sampai nyawa kau ditarik malaikat nanti, sampai mata kau terkutup rapat, aku tetap ada dengan kau. Kau penat, kau rehat pada aku. Kau penat, aku hiburkan kau. Jangan kau risau :). Selagi ada cahaya, Kau akan nampak aku Ai. Jangan kau susahkan hati dan otak kau tu."

"Bay, aku nak rehat. Mari kita tidur."

Pendaflour semput Ai matikan suisnya sambil mata memandang keliling. Memandang lantai dan dinding. Gelap. "Selamat malam Bay, esok kita jumpa bila matahari wujudkan kau semula" dan disekat cairan jernih yang berjaya menembus keluar dari liang anak mata.

"selamat malam bayangbayangku"
"selamat malam sunyi"
"selamat malam sepi"
"selamat malam airmata"
"selamat malam semua"

1 comment:

cuitcuitfaidhfee said...

Rasa asa melebarkan sunyi. Tenanglah. Zikir jangan berhenti.