Saturday 24 March 2012

190

Setelah sekian lama aku tidak duduk dalam koloni manusia itu, ini buat pertama kali aku kembali - Atas dasar terpaksa. Tapi aku memikirkan dari segi positif, Dia mahu bawak aku pulang. Pulang kepada Tuan yang empunya seluruh tubuh dan roh mutlak.

Dan saat tiap bait kalimah itu ditutur oleh mulut mulut manusia itu, pelbagai rasa menurjah aku bertubi –menembak dari pelbagai arah. Dimana ia  membuat aku seakan sedar dari lena yang buat aku buta. Butakan dunia kekal.

Rasa itu seakan menggali kembali lubuk memori aku yang semain berhabuk. Mana aku yang dulu? Mana aku yang sering mengadu pada Dia? Yang sering meminta segalanya dari Dia? Yang selalu mengadu akan kekejaman dunia dan kepuraan manusia? Mana? Aku dah hilang. Jauh aku hilang dari siapa aku.

Ha, itu mungkin punca kepada kecamuk jiwa aku. Punca kenapa jiwa aku kosong. Kerna aku lupa kepada tuan aku. Aku hamba durhaka. Aku sedar itu. Aku hamba durhaka yang sering menyalutkan diri dengan dosa.
Dan atas dasar itu aku d denda dengan pelbagai perkara yang mendera dalaman aku. Dimana penderaan itu lebih berat jika d bandingkan dengan penderaan fizikal. Dan kepada kau Tuan empunya diri ini, terimakasih kerana menyedarkan aku. Terimakasih kerana masih sayangkan aku – hambamu.

Kerna kasihnya Kau pada aku, Kau datangkan pelbagai tusukan dengan belati pelbagai gerigi. Menyedarkan aku siapa aku d dunia ini. Supaya aku tidak lupa diri dan masih ingat yang aku punya Tuan yang sentiasa memerhati.  Terimakasih kerana masih mendengar permintaan aku, dan terimakasih kerana masih memberi aku peluang . Terimakasih kerana masih menunjukkan aku jalan pulang dan terimakasih kerana Kau tidak menggelapkan hati yang kian hilang.

Ya Allah, terimakasih kerana masih menjaga aku. Walau jauhnya aku tersasar, masih kau sudi menjemput aku kembali kepadaMu. Terimakasih atas kasihsayang ini. Terus ingatkan aku, jangan kau jauhkan aku dari jalanMu. Kaulah Tuan ku, dan aku hambamu yang mutlak.

No comments: