Sunday 26 February 2012

165

The bad side of mine


Setiap manusia atas dunia ada menyimpan sifat hitam dalam diri mereka. Haa? Kau tak ada? Please syg, jangan tipu aku, jangan tipu diri sendiri :) aku memang pasti kau juga ada.

Mari sini. Mari aku perihalkan tentang aku. Mereka d sekelilingku menggelar aku si gadis gila. Apa yang aku gilakan? Aku gilakan perkara yang manusia lainnya tidak mahu buat.

Entah mengapa setiap kali ak melihat naga, (sudah semestinya hanya gambar. Mana ada binatang tu wujud kat dunia ni =..=) aku nak bela. Nak tunggang n terbang atas awan sambil biar rambut aku dipukul angin. Pergh, feel beb. Ahaha imaginasi yang tiada batas. Sayang ia hanya imaginasi. Hanya imaginasi…
Kenapa naga? Sebab mereka haiwan mitos. Lagenda yang gah. Mereka unik dan hebat. Dengan sisik bersinar dan mata yang garang. Aku suka dan jatuh cinta. Kepak mereka yang melebar d samping tubuh yang sasa.. wohoo, sangat suka!

Aku  suka buat experiment ke atas diri aku sendiri. Aku suka mencuba dan sangat suka mencabar diri sendiri. Sejak dari kecil, aku seakan berperwatakan lelaki. Baju gadis gadis aku tolak tepi. Aku geli nak pakai. Yang aku suka sarung, seluar jeans ayah aku yang longgar serta t-shirt lengan pendek yang d tutup dengan sweater. Dan aku bertudung. Nampak macam tak kena kan? Tapi aku jenis manusia yang tidak pedulikan mulut mulut busuk mereka d sekeliling. Bagi aku, yang memakai adalah aku. So, suka hati aku.

Ikutkan hati, aku cemburukan mereka yang free hair. Kadang nak jugak jadi macam mereka. Macam cun je. Ahaha =,= but aku bersyukur aku memakai tudung. Walau terdetik nak bukak, tapi aku tak pernah buat. Aku sayangkan kepala aku, jadi, biar ia bertutup. Biar aku tak melangkaui batas yang boleh menghumban aku ke jalan yang tak sepatutnya.

Aku cepat bosan ngan diri sendiri, jadi aku jadikan rambut ak mangsa keadaan. Even aku baru lepas potong n memilih gaya yang extreme tapi ak masih tak puas. Masih. Ohoo, botak bukan pilihan aku. Macam perogol kang muka aku =,= na buat Mohawk cam da ta best. Na potong pendek tapi nanti taley ikat n rimas. Haish, banyak halangan.

If aku free hair, sumpah aku ta kaver pemakaian aku. Yeah~ setan hasut aku. Salahkan dia! But, like I said, if only. N one more thing.. if only we can have tattoo, I’ll get one for my self. And again, if only. And if only smoking for gurl were same as boys, I’ll be a smoker. Aku se cam cool but it seems like a bitch d mata jantan jantan pembunuh. Deymman! Diskriminasi. Ehe, again.. if only.

Ada simpang minat dan keinginan aku. Aku tahu, aku sedar. Jangan judge aku lebih lebih as perkara ini hanya tompok hitam dalam diri. Yang aku boleh bunuh dan buang atas dasar agama aku. Aku orang islam dan agama aku melarang untuk kebaikan umatnya. Itu yang aku pegang. Ada kebaikan dan sebab mengapa kita d larang dalam melakukan sesuatu. Aku pegang itu. Jadinya, aku masih gadis yang tak melangkaui batas aku. 

No comments: