Thursday 3 May 2012

216


Free.doom 

Apa kau faham erti kebebasan? Yang kau sibuk laung-laung dan megahkan. Bebas. Adakah ia Cuma perkataan atau kau benar-benar bebas? Benar kau bebas? Benar??

Ya memang kita anak merdeka, bebas dari penjajah sejak puluhan tahun. Tapi kau sedar tak yang kita ini sebenarnya masih sesak terjajah minda. Pemikiran tohor dan sempit. Masih berlegar di ruang cakerawala ilusi sedangkan yang lainnya gagah berdiri berpaksi realiti.

Kau rebel dan menaikkan piket pelbagai tulisan yang kau megah nyatakan ‘we want freedom’  ‘give us freedom’. Ah! Kau sengkek otak! Kau cuma anak moden yang mengikut bentak orang tua. Corak yang sudah ada tanpa kau tahu ertinya.

Lalu kau menari dalam irama kebebasan yang kau cipta. Yang entahkan apa. Kau kata hidup kau umpama burung yang terkurung di sangkar. Sempit dalam penjara udara. Tapi bagi aku, kau lebih teruk dari itu. Kau umpama ikan yang berenang dalam kotak akuarium.  Hidup kau Cuma dalam banggunan kaca empat segi, dengan air lumut dan bergantung pada tangki  oksigen untuk hidup.

No comments: