http://hijabista.karangkraf.com/happenings/hijabista-casting-1.108101#main-section
Bananana~ ahaha ade muke si hantu kat situ. Alhamdulillah. :) Tenks Hijabista
Thursday, 29 November 2012
Wednesday, 28 November 2012
238
Dulu pernah ada
Satu bintang bersinar
Terang belah langit
Gelap dalam aku
Dia ada
Berkelip terang
Bawa pelangi bila siang
Bawa bidadari bila kelam
Dia ada
Sentiasa ada
Tiba dia hilang
Makin samar dalam hitam
Mana kau?
Mana?
Dia hilang tanpa bayang
Selamat tinggal tanpa ucap
Ini persinggahan dia mungkin
Tidak mengapa
Terima kasih
Wednesday, 14 November 2012
237
“Dah Solat? Dah ngaji?”
mak bertanya di hujung talian. Aku hanya bagi kerang busuk depan cermin. “Belum
mak, kejap lagi kot.” dan mak mula membebel. Aku sendiri dah tak ingat berapa
lama aku tinggalkan sejadah dan kopiah. Berapa lama aku tak sentuh kitab
Al-Quran. Yang aku tahu, lama. Sejak aku bergelar anak teruna yang bekerja
besar di Bandar. Aku Cuma tahu kain pelekat, diguna untuk buat pembinaan tugu
togel dengan awek aku. Haa, yang itu aku tahu.
Tiap malam minggu pasti
Marry datang kesini. Teman aku bermalam sambil mengaplikasi pelbagai perkara.
“You simpan kitab tu buat apa? You baca ke? Tu, kopiah you tu still guna ke?
kenapa letak kat situ? Kacau la sayang. Pelik tau you ada benda-benda ni
semua.” Dia menuding kepada kitab dan kopiah di rak berhabuk. Aku buat batu dan
teruskan permainan aku dengan dia. “You jangan la pandang. Biar je kat situ.
Nak pelik apa?” aku menjawap. Hidup aku dan Marry meriah tiap kali malam. Kami
berpesta dan minum sampai puas. Baru ada feel extra beraksi nanti.
Entah apa malang nasib
aku, malam tu aku terlebih dos minum, dan aku drive pulang. Aku kemalangan dan
cacat. Marry tinggalkan aku untuk laki lain dan aku macam bangkai kat rumah
sorang-sorang. Fell like shit! Dan Marry, kau bitch! Betina tak guna!
Seperti manusia lain,
bila dah begini baru tahu nak bertaubat. Baru tahu nak pulang ke pangkal jalan.
Jadi aku cuba kembali seperti mana aku masih anak kampung. Kitab yang berhabuk
di rak, aku capai perlahan dan aku bersihkan. Pemberian arwah ayah. Aku masih
ingat. Aku selak muka surat satu persatu, dan mata aku penuh dengan tulisan
jawi berbaris atas bawah. Mulut yang aku cuba gerakkan kaku, kelu. Aku panik.
Kenapa ni? Tangan aku gigil dan panas. Aku letak perlahan Al_Quran di rak
semula. Aku dikeji kah?
Saat itu ego aku sebagai
lelaki runtuh di atas sejadah usang. Ratapan kasar memenuhi ruang. Benar-benar
aku rasa penangan akibat gejala hitam aku di rumah ini. Aku mencuba menutur
tulisan jawi di kitab semula. Masih kelu dan aku tidak sedarkan diri.
Aku nampak arwah ayah
datang menggoncang bahu. “Bangun Khai, kita Subuh sama.” Aku teragak-agak.
“Ayah?” aku hanya makmum di belakang, dan sedang asyik aku mendengar alunan
surah yang di baca, ada sesuatu menyelinap di dalam kain pelekat. Aku melompat
melihat longgokan ular hitam di kaki. Menjerut batang betis dan paha sambil
menyeringai menunjuk taring. “ayah! Tolong!” dia tidak menoleh. Masih kusyuk
menitir ayat suci.
Aku terjelepok di lantai.
Sang hitam memperkemas belitan sambil mara ke tubuh. Aku rasa lemas. Cuba ku
capai ayah didepan tapi aku tak mampu. Bergema suara garau digegendang telinga
menyebut nama. Aku mencari dalam ketar. Terlihat sesusuk tubuh hitam berdarah,
dihias bau nanah busuk yang mual. “Apa kau kenal aku?” aku Cuma menggeleng.
Semakin mara dengan bau hanyir. “Kau aku? Penipu!” dan dia hanya ketawa
menggila.
“Mari ikut aku?”
*cite ni ekceli ta abes lagi. Nanti lah aku sambung.
236
kali ni aku ta membebel. Nah muke sememeh masa spend taim ngan gegurl ku sekalian. Fefiling fotosut. bahaha kbai
aku ada misai! weehuu lolss =..=
ma fev. wallah~ trololo
Friday, 9 November 2012
235
We have dat memory. We do have. Samapai ke mati pun memori
itu tetap ada dalam kita. Aku tak nafikan. Sebab aku sedar kenyataan itu. Aku sedar.
Entah kenapa hari ini aku tergerak untuk melekatkan
pemberian kau dulu. Tanpa niat apaapa. Dan tibatiba kau datang bertanya kabar
setelah berbulan kita membisu. Kau gigilkan hati aku yang lama tak bergoyang. Sumpah.
Kau gigilkan.
Jodoh kita tiada. Itu aku pasti buat masa ini. Kau dan aku
samasama melupakan wajah yang kita ada. Cuma kita hidup kadang di landasan
memori nipis yang samar. Kau teringat ketawa aku dalam tiba. Dan aku tergerak
memakai pemberian kau tibatiba. Apa ini?
Saturday, 3 November 2012
234
Penjara wilayah kerdil
Dipijak jajahan batu
Paksi mereka musnah
Sang joker menari dikeliling gembala lembu
Tolol
Sang raja jatuh
Pemerintahan kian pudar dalam pusar
Dia kalah
Dia kalah
Istana itu buta
Gelap angkasa lubang hitam
Itu balck hole
Raksasa penelan roket manusia
Belum mati
Separuh sedar dalam roh sesat
Pulang lah
Pulang
Sebelum terlewat
Subscribe to:
Posts (Atom)