Thursday 18 August 2011

29

apa fungsi hidup ini diwujudkan dengan pelbagai warna
jika kau tetap setia pada warna itu?
aku tahu kau ta yakin 
sebab tu kau melekat dengan warna hitam dan kelabu.
hey! bukaklah mata kau

masih ada warna merah hijau biru dan unggu :]
campurkan semuanya dan pasti lebih ceria
bukan aku marah dengan si hitam dan kelabu
tapi seperti aku katakan, warna yang lain
menunggu untuk tersarung di tubuhmu

aku juga pernah seperti kau
terkunci pada warna itu
tapi kini aku sedar
aku sedar warna lain juga wujud
membawa pelbagai motif dan maksud
membawa kelainan pada erti hidup :]

pedulik apa orang kata lah
persetan kan semua
yang memakai adalah kita
biar mereka kata apa mereka suka
mulut mereka hak mereka
buat tuli sudah
mereka cemburu sebenarnya
mereka pengecut
tak percaya?
cuba kau suruh mereka jadi seperti kita
tentu pelbagai alasan akan diberi
pengecutlah tu

keluarlah
keluar dari sarung itu
beranikan diri mencuba sesuatu yang baru
jangan jadi pengecut
jangan terlalu di rendahkan keyakinan diri
jangan terlalu mendengar hasutan orang
sampai bilapun kita takan berbeza
terjelepok di tampuk sama

belajar menjadi berani
belajar berubah
belajar mencuba warna yang lain :]
cuba kau jadi pelangi
individu yang sama dengan pelbagai warna
tetap indah bukan


No comments: