Monday 22 August 2011

37

aku cuba bangun
tapi gelap
aku seakan buta
dipejam hitam
celik pun hitam
lemah
tapi aku seakan kuat didalam gelita
semakin sebati
semakin selesa

aku ingin keluar
tapi aku tak nampak tangan yang menghulur
terus aku berjalan di dalam gelap

bilik kecil ini
tempat aku mengurung diri
sempit tapi menyenangkan
hanya ada aku dan dinding
selesa

menerawang cuba berfikir
bagaimana mahu bangkit?
tapi aku tak mampu
penat
aku hilang arah
mahu ke sana, sama
berdiri d sini, sama

No comments: