Saturday 20 August 2011

34

PENGEMIS

aku seorang pengemis
menagih ihsan orang
menagih matamata yg melihat
hey! panaglah aku
tak nampak kah aku disini? 
mana mata kau?
mana?
pandanglah...

aku pengemis cacat
cuba berharap ada insan yg mengerti
tapi nyata hanya harapan
huh. dasar tak sempurna.
siapa mahu ambil kisah bukan?

pengemis lah aku ini
aku menguis kisahkisah lama
mengungkit memori lalu
sedangkan ianya bukan lagi hak aku
mengharap kau seperti dia
tapi siasia
mereka tak samalah!
sedarkan diri
celikkan mata

pengemis kotor
badan bercompang camping 
comot
hati aku sakit melihat diri sendiri
cacat ataupun kelebihan diri
aku dah malas na peduli!
kecewa

pengemis
aku menadah tangan
buat muka kesian
hey, berilah sedikit bantuan pada aku
tak kesiankah?


No comments: