Friday 11 November 2011

75

20sen

Aku mahu beli itu
Aku mahu beli ini
Eh, cantek lah!
-aku mahu
Tapi aku mana mampu
Tapak tangan erat menggenggam 20sen

Wah, sedapnya makanan itu
-Air liur meleleh
Teringin
Terliur dengan hidangan d atas meja
-sedap!
Memandang ke genggaman tangan
Aku hanya miliki 20sen

Tekak mula kering
Tersekat menelan liur
-air
Mahu sesuatu yang sejuk dan manis
Disimbah rasa gula serta susu pekat
Berdiri di depan gerai
Ah, aku hanya ada 20sen

Sunyi telefon tanpa deringan
Kredit sudah mati
Di bunuh oleh tarikh luput
Mahu tambah nilai
Membuka beg yang sepatutnya terisi  kertas bernilai
Masih, aku hanya pemilik 20sen

No comments: