Friday 11 November 2011

76

Tubuh itu
Aku mahu rangkul erat
*rindu 
Tapi seakan tiada balasan
Aku tetap perkemas pelukan
Aku takan lepas

Sayang
Kenapa kau berpaling?
Aku ta cantek kah?
Aku huduh?
Berbau?
Kenapa?
Kenapa kau berjalan tanpa menoleh
Perlaju langkahmu
Diam aku memandang
Berharap kau berpaling ke arah aku
Aku cuba mengejar
Memegang tanganmu supaya tidak kau pergi
Tapi tiada balasan
Aku seakan mati
Ku lepas perlahan pegangan
Berfikir adakah akan kau tarik semula
Tiada respon kau beri
Langkah mu masih laju
*perit
Terima kasih

Ku perhati riak wajahmu
Seakan patung yang bergerak dikawal cip memori
Kau seperti tidak menghiraukan aku yang berada di depan mata
Kau tutup muka untuk berehat
Aku tahu kau penat
Cuba ku redakan dengan membelai lembut rambutmu
Masih sama
Tiada respon kau beri
*perit
Tapi ku gagahkan untuk tersenyum setiap kali kau mengangkat muka

Adakah kau tahu
Aku mahu kau sentiasa sedar kehadiran aku
Mahu senyuman itu sentiasa terukir tiap kali kau memandang aku
Aku ingin tangan hangat itu memegang erat tiap kali kita mengatur langkah
Aku mahu kita seiringan
Berharap kau sentiasa menoleh walau sesaat aku tiada di sisi
Tapi aku sedar
Itu hanya angan-angan

No comments: