Wednesday 14 December 2011

111

"saya harap awak faham"

hati aku jadi sayu
tiap kali kau sebut ayat itu
ya sayang, saya faham
i just need taim to adapt 

sebab rasa sedih
aku capai tuala yang tersidai elok
bergegas ke tandas mahu mandi
kurung diri dalam shower
terduduk di lantai sambil pandang jubin kosong

lama aku mengelamun
tangan meraba kepala pili
deras air keluar
aku mandi sampai puas
naik sejuk sampai kepala
macam ada ais dalam otak
*sakit

jam 12
berborak kosong kita sampai ke pagi
aku mula merepek
tercalar kadang
maafkan aku sayang

baik, baik, baik
aku dalam pembelajaran
belajar untuk faham
kita melangkah ke alam dewasa
bukan lagi remaja yang tiada hala

aku masih memegang status pelajar
manakala kau mula bekerja
alam kita bersimpang beza
baik, baik
cuba aku faham situasi



No comments: