Thursday 22 December 2011

122

Semalam aku bermimpi
Kau datang bersama prajurit
Mahu menjemput aku

Kau tunggang kuda bersayap
Megah dan gagah
Saat itu
Sumpah aku jatuh cinta

Kita berjalan di persisir pantai
Ombak meghempas dan mengalun melodi romantis
Lalu kita menatap suria yang kian tenggelam
Rona langit berubah jingga
Dan sekali lagi, aku jatuh cinta

Tiba aku tersentak
Hilang semuanya
Segera ku tutup anak mata
Cuba mengejar mimpi tadi
Tapi sayang
Mimpi  tetap mimpi

No comments: