Thursday 1 December 2011

96

kadang aku bingung
dengan siapa diri ini berkata
hati ataupun mati
goyah tak tentu hala
mana tapak akan melangkah
tiada arah
kosong sekali lagi

bayang hitam di depan cermin
menari lenggok gemalai
aturan langkah
selari dengan aku
apa itu?
ah, aku buntu

gusar menerjah rongga
berselirat segala rasa
seakan ditarik tolak tanpa teguh
kenapa?

aku cemburu
tapi ia kian lupus
*lega
walau masih bersisa
tidak mengapa

gadis pelbagai emosi
kurungan makin longgar
akan bebas terbang sayap hitam
menutup angkasa putih
jatuh aku, belum tenggelam
terapung terkapai

No comments: