Monday, 26 December 2011

127

Cinta orang muda

Orang mahu bercinta
Begitu juga dia
Habis semua mahu cuba
Berpacaran sana sini
Tak ubah seperti kasanova

Suatu hari
Cintanya di kunci
Jatuh ke tangan seorang gadis
Lama juga pacarannya
Sehingga berjanji
Kononnya cinta ini abadi

Di sangka cinta sampai ke mati
Tapi siapa kan sangka
Kisah ini akan  diduga

Dilanda ribut tika kapal terombang di laut
Cuba dikemudi tapi nyata gagal sekali

Terlerai segala kisah
Janji semua sudah musnah
Menangis henti tak sudah
Dia pasrah

Kisah ini dijadikan memori
Biar tenggelam dibawa arus
Sejarah ini akan lupus
Dibungkus semua
Dikuburkan sekali

No comments: