Thursday 29 December 2011

131

nakal

Masa itu jiwa nakal mengigit
Berbisik lembut menghasut
Dan terdetik di benak
Mengapa tidak?

Lalu diperhati
Setiap rekahan yang mengering
Perlahan mendekat
Sambil jantung berdebar hebat
Dan bertaut dalam sesaat

Dia terkedu dan kaku
Jelas tergambar di anak mata
Mengapa?

Dibenam muka merah
*segan
Menyorok di dada sasa
Masih dicucuk perasaan mahu
Tapi bagaimana?

Lalu dia mengangkat muka
Memandang tepat
Sayang, nakal ya?

No comments: